Pemain muda Malaysia yang kini beraksi bersama Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri berjaya membuka ‘akaun’ dalam saingan Thai League 1 selepas berjaya menjaringkan gol pertama liga ketika bertemu PT Prachuap dalam perlawanan ke 31 semalam.
Shahrel Fikri tidak tersenarai dalam barisan kesebelasan utama pasukan namun dimasukkan pada minit ke 60. Hanya 6 minit diperlukan oleh Shahrel Fikri untuk secara rasminya mencatat nama sebagai penjaring gol musim ini dan apa yang lebih penting adalah itu adalah gol pertama liga beliau di Thailand.
Sehingga kini 2 gol telah dijaringkan oleh Shahrel Fikri bersama Nakhon Ratchasima FC – 1 gol ketika bertemu Grand Andaman United dalam saingan Thai League Cup dan terbaru 1 gol ketika seri 3-3 bertemu PT Prachuap.
Saksikan video gol Shahrel Fikri perlawanan diantara Nakhon Ratchasima FC bertemu PT Prachuap FC.