Pemain Malaysia yang kini beraksi dalam Thai League 1 bersama Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri, akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan gol selepas berjaya menyumbang 1 gol dalam perlawanan Thai League Cup 2018.

Skuad Swat Cat bertemu dengan Ranong United dalam perlawanan peringkat suku akhir yang berkesudahan dengan keputusan 3-1 memihak kepada Nakhon Ratchasima FC.

shahrel fikri

Shahrel Fikri yang memakai jersi nombor 9 kini beraksi secara pinjaman bersama Nakhon Ratchasima FC, turun dalam perlawanan malam ini sebagai kesebelasan utama pasukan dalam misi memburu tempat ke separuh akhir Thai League Cup 2018.

Dalam 4 perlawanan suku akhir Thai League Cup 2018, Nakhon Ratchasima FC merupakan satu-satunya pasukan dari Thai League 1 yang bertemu wakil tunggal dari Thai League 3, Ranong United manakala baki 3 lagi perlawanan merupakan pertemuan diantara pasukan-pasukan dalam saingan Thai League 1.

Berikut adalah keputusan penuh 4 perlawanan suku akhir Thai League Cup 2018.

shahrel fikri

Nakhon Ratchasima FC akan bertemu samada Buriram United, Chiangrai United atau Bangkok Glass FC dalam saingan separuh akhir nanti. Juara Thai League Cup 2018 akan layak ke pusingan akhir kejohanan Mekong Club Championship 2018.