Isu mengenai ‘Insta story’ Amirul Ashrafiq, pemain skuad Malaysia U16 yang kini berada di Indonesia semakin panas selepas Setiausaha Kementerian Pemuda Dan Olahraga (KEMENPORA) Republik Indonesia, Gatot S Dewa Broto mengeluarkan sau kenyataan yang disiarkan oleh portal Akurat.co hari ini.

Gatot S Dewa Broto melihat isu itu sebagai satu perkara yang cukup serius kerana menterbalikkan bendera Indonesia itu adalah kesalahan yang ‘fatal’.

Beliau meminta pihak Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) melakukan protes kepada FAM mengenai perkara tersebut.

Gatot juga secara keras mahu pihak FAM memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia dan mempertimbangkan mahu melarang Amirul Ashrafiq dihalau keluar dari bertanding di kejohanan itu.

amirul ashrafiq

“PSSI perlu memprotes keras dan minta mereka memohon maaf. Jika perlu, pemain tersebut (Amirul Ashrafiq dilarang datang ke Indonesia untuk bertanding. Ini betul-betul satu pelanggaran yang sangat fatal kerana berkait dengan lambang negara!”, ujar Gatot kepada Akurat.co.

“Baru mencecah usia begini pun sudah tertanam sikap tidak simpati, apalagi bila sudah menjadi pemain senior.”

“Kami mahu PSSI hantarkan bantahan dahulu!”

Skuad Malaysia U16 kini berada di Indonesia sejak Jumaat 27 Julai 2018  dan permasalahan ini boleh membuatkan Amirul dihantar pulang secara paksa kerana dianggap tidak menghormati lambang negara Indonesia