Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Tajuk Hasnan Omar mendedahkan beliau telah pun meletak jawatan dan tidak lagi terbabit dalam apa-apa urusan yang melibatkan badan induk tersebut.

Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada media Perak FA ataupun Presiden PAFA sendiri iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu namun perkembangan itu sudah disahkan menerusi laporan daripada Stadium Astro.

Menurut Tajul Hasnan, beliau melepaskan jawatan itu kerana mahu memberi peluang kepada muka baharu yang lebih layak dan tidak menyimpan sebarang dendam terhadap PAFA.

“Tiada masalah apa-apa. Saya tidak bermusuh dan berkelahi dengan sesiapa.

“Genap setahun saya menjalankan tugas sebagai setiausaha. Cukuplah, bagilah peluang kepada orang lain pula. Mana tahu dia boleh buat lebih baik dari saya,” jelasnya.

KFA
Tajul Hasnan Omar berjabat tangan bersama wakil daripada Kedah FA ketika perlawanan akhir Piala FA 2019. FOTO: MFL

Tajul Hasnan memiliki pengalaman sebagai setiausaha Persatuan Bola Sepak Daerah Kerian sejak 1980. Beliau memulakan tugas di PAFA pada 1 Februari 2019 bagi menggantikan tempat setiausaha lama, Abd Aziz Yeop Jamaluddin, menyelesaikan kerja-kerja yang masih ada.

PAFA setakat ini sudah melantik penggantinya, iaitu Mohd Azlin Nazeri, sebaik menerima surat peletakan jawatan beliau.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Dickson Nwakaeme Berada Dalam Radar Pasukan Perak

Liga Malaysia 2020: Pahang Bawa Masuk Dua Penjaga Gol Baharu

Nor Hakim Hassan Sah Sertai Pasukan Selangor