Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) semalam mengumumkan mereka telah menerima jemputan daripada kelab Indonesia, Persiraja Banda Aceh untuk mengadakan aksi persahabatan antarabangsa.
Baca Juga:
- Amirudin Shari Tawar Selangor Jadi Juara Liga Super Pada 2025
- FAM Sahkan Penolong Jurulatih Selangor Telah Dipukul
- Casio Malaysia dan Marco Corporation Penaja Baharu Selangor FC
Menurut kenyataan rasmi, perlawanan itu akan berlangsung pada 27 Ogos ini (Ahad) di Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh, Indonesia.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu dijangka berlepas ke Indonesia selepas tamat aksi Liga Super menentang TRW Kelantan di Kota Bharu pada 25 Ogos ini.
Selangor FC has been invited to play against Persiraja Banda Aceh on the 27th of August 2023 in an international friendly.
⚽ Persiraja Banda Aceh FC 🆚️ Selangor FC
🏟️ Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh, Indonesia
📅 Sunday, 27 August 2023
🕣 9:30PM#MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/Cyzxm255PF— Selangor FC (@selangorfc) August 21, 2023
Difahamkan tujuan aksi persahabatan ini diaturkan adalah untuk mengekalkan tahap kecergasan pemain memandangkan saingan Liga Malaysia bakal berehat selama 2 minggu bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Malaya.
Beberapa tonggak utama Selangor kemungkinan tidak menyertai rombongan ke Indonesia kerana mendapat panggilan untuk bersama skuad kebangsaan.
Ini juga adalah peluang terbaik Tan Cheng Hoe untuk menguji pemain muda yang jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama sambil mengurangkan risiko kecederaan tonggak utama.
Persiraja merupakan pasukan yang beraksi dalam saingan divisyen 1 Liga Indonesia namun diturunkan ke Liga 2 kerana berada di kedudukan tercorot pada musim lepas.
Aksi menentang Selangor dijadikan medan ujian dan persiapan Persiraja untuk menghadapi musim baharu Liga 2 yang dijadualkan berlangsung pada bulan September ini.
Selangor akan kembali beraksi pada 15 september ini dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.