Pasukan Selangor mahu mendapatkan khidmat pemain import yang tidak pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia bagi menghadapi saingan musim hadapan.
Perkara ini disuarakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar dimana beliau memberi bayangan mahu mendapatkan pemain dari Eropah.
“Pemain import pula, kita tidak akan mengambil mereka yang sudah beraksi dalam Liga Malaysia dan akan mencari yang lain iaitu dari negara Eropah,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Setakat ini, dua pemain import iaitu Taylor Regan dan Rufino Segovia sah meninggalkan pasukan dimana kedua-dua pemain mengucapkan selamat tinggal kepada para peminat di laman media sosial rasmi masing-masing.
Sandro Da Silva dikhabarkan menjadi pemain seterusnya untuk meninggalkan Selangor manakala dua lagi pemain, Safuwan Baharuddin dan Ifedayo Olesegun dikhabarkan akan bertemu pengurusan pasukan pada minggu hadapan bagi membincangkan mengenai masa depan mereka bersama skuad Red Giants.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Selangor di sini:
Taylor Regan Dan Rufino Segovia Ucap Selamat Tinggal Kepada Selangor
Karsten Neitzel Dikaitkan Dengan Selangor FC, Bakal Galas Tugas Ketua Jurulatih