Chelsea kini sedang dalam proses akhir untuk memilih pembida bagi menjadi pembeli kelab tersebut.
Antaranya adalah Kumpulan Todd Boehly dari Amerika Syarikat yang akan menjadi salah sebuah firma yang bakal bersaing untuk menjadi pemilik baharu Chelsea.
Bank yang mengendalikan penjualan tersebut iaitu Raine, kini sedang menunju ke minggu terakhir tarikh akhir. Dan segalanya dilakukan dengan penuh debaran.
Ada beberapa pembida menyatakan ketidakpuasan hati mereka kerana tempoh yang terlalu lama diletakkan pihak yang mengendalikan bidaan tersebut.
Telegraph melaporkan bahawa Kumpulan Boehly kini menjadi pendahulu senarai untuk menjadi pemilik baharu Chelsea walaupun mereka tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi tentang perkara itu.
Seterusnya, keluarga Ricketts juga tidak memberikan sebarang komen selepas beberapa gagasan penyokong Chelsea melancarkan kempen menentang pemilikan Ricketts dengan kempen atas talian menggunakan tanda pagar #notoRicketts.
Selain daripada Boehly, Sir Martin Broughton yang mendapat dana daripada pemilik saham di Crystal Palace iaitu Joshua Harris dan David Blitzer, juga dikatakan memiliki peluang cerah untuk menjadi pemilik baharu Chelsea.
Raine pada asalnya memberitahu pembida pembida ini bahawa sehingga 3 kumpulan akan berpeluang untuk menyatakan bidaan mereka pada proses akhir. Namun bank tersebut mengubah polisinya pada beberapa hari lalu dengan menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan konsortium keempat.
Ini dikatakan untuk membuka peluang kepada firma Nick Candy yang ditaja oleh Catalina Kim dan rakan niaganya dari Korea Selatan juga berharap akan mendapat peluang pada saat akhir.
Kim menulis di Twitternya pada Rabu bahawa dia adalah peminat setia Thomas Tuchel dan menegaskan bahawa dia sangat teruja dengan peluang dapat bekerjasama dengan Pengarah Urusan Marina Granovskaia. Kim membayangkan bahawa dia tak akan mengubah struktur pengurusan di peringkat bola sepak jika beliau menjadi pemilik.
Selain itu, pemilik New York Jets yang juga pemegang pas bermusim Chelsea, Woody Johnson juga berharap akan dapat menembusi senarai finalis.
Telegraph melaporkan pada Rabu bahawa larangan pembelian tiket oleh penyokong Chelsea selepas tarikh sekatan ke atas kelab, seakan akan sudah dimansuhkan sepenuhnya. Sekaligus menamatkan spekulasi bahawa perlawanan Chelsea mungkin akan diadakan di stadium kosong untuk aksi UCL.
Ini membuatkan penyokong penyokong Chelsea sudah mulai membeli tiket aksi UCL menentang Real Madrid. Selain itu aksi separuh akhir Piala FA menentang Crystal Palace juga bakal dibenarkan dengan kehadiran penyokong Chelsea. Ini kerana kerajaan memberikan kelonggaran kepada pertandingan piala.
Kerajaan sudah meminda semula lesen kelab tersebut. Sebelum ini kerajaan memberikan lesen khas kepada Chelsea untuk meneruskan operasi bola sepaknya namun larangan daripada melakukan sebarang transaksi perniagaan termasuk jual beli pemain, jual beli tiket dan juga jua beli barangan rasmi kelab.
Chelsea fans can buy tickets for Real Madrid tie and FA Cup semi-final after change to sanctions licence @ben_rumsby https://t.co/oNsS8SNhLY
— Telegraph Football (@TeleFootball) March 23, 2022
Ini kerana pemilik Chelsea, Roman Abramovich dikenakan sekatan oleh kerajaan UK selepas Rusia menceroboh Ukraine. UK menuduh Abramovich sebagai penyokong Vladimir Putin.
Pindaan lesen tersebut juga sednag membincangkan tentang larangan ke atas para penyokong Chelsea daripada menghadiri baki perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Setakat ini hanya pembeli pas bermusim di Stamford Bridge sahaja dibenarkan menghadiri perlawanan Chelsea. Sementara untuk pembeli tiket hari perlawanan, mereka yang membeli sebelum tarikh Chelsea dikenakan pembekuan sahaja dibenarkan.
Kelab juga dilaporkan telah dibenarkan untuk menggunakan £30 juta untuk dibelanjakan. Kos bulanan dibayar Chelsea untuk utiliti, bayaran gaji staf dan pemain.