Bagi peminat bola sepak Inggeris Boxing Day adalah terma yang sudah terbiasa didengari. Bagi peminat bola sepak EPL, boxing dah adalah hari perlawanan sehari selepas Krismas.

Baca Juga:

Di Jerman terdapat juga budaya hampir sama disebut blockbuster day. Ada beberapa negara bercuti kira kira seminggu untuk Natal. Namun bukan di England.

Musim ini, Selepas rehat Piala Dunia Qatar 2022, saingan Liga Perdana 2022/2023 akan bersambung semula pada hari boxing day.

Apa itu Boxing Day dlam bola sepak Inggeris?

Ianya bukan merujuk kepada hari tinju. Tetapi secara tersiratnya ia merujuk kepada hari buka kotak hadiah ataupun unboxing yang disebut boxing day. Sama konsep dengan blockbuster day di Jerman.

Budaya itu wujud pada sejak zaman Ratu Victoria (1837-1901). Para pegawai dan pembesar istana ini bekerja sehingga hari Natal. Jadi pada 26 haribulan mereka diberikan cuti.

Para bangsawan juga biasanya akan membelikan hadiah kepada hamba mereka.

Salah satu cara orang marhaen ini berhibur pada hari Boxing Day adalah dengan menghadiri acara sukan atau lumba kuda — selain daripada hanya berkumpul bersama keluarga.

Sukan bola sepak adalah sukan yang popular untuk dihadiri pada hari Boxing Day. Itu yang membuatkan bola sepak sinonim dengan Boxing Day.

Di England, perlawanan pada Boxing Day berlangsung di semua peringkat pertandingan. Inilah yang menjadikan Boxing Day sinonim dengan bola sepak.

Perlawanan antara dua pasukan saingan, Sheffield FC vs Hallam FC, yang berlangsung pada 26 Disember 1860, dinamakan perlawanan Boxing Day yang pertama dalam sejarah Liga Inggeris.

Terdapat beberapa syarat yang dianggap gentleman agreement dalam Boxing Day. Di mana perlawanan kedua dua pasukan haruslah bukan derbi setempat untuk mengelakkan perbalahan sesama ahli keluarga. Namun itu bukan syarat wajib.

Selain itu, perlawanan tersebut haruslah melibatkan dua pasukan yang tidak terlalu jauh jaraknya. Biasanya boleh diakses oleh penyokong pelawat dengan tren.

Peminat bola sepak biasanya menjangkakan gol yang banyak pada Boxing Day kerana ramai pemain masih dalam mood perayaan.

Ramai pengurus dari luar England tidak suka dengan Boxing Day. Namun ramai juga yang suka kerana mereka boleh mengawal pemain mereka daripada makan sesuka hati atau tidur lawat semasa Hari Natal.

Namun itu bukan jaminan pemain tidak menikmati makanan lebih manis dan garam serta tidur lewat. Sebab itu akan ada pemain yang bergelut dengan prestasi pada Boxing Day.