Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Filipina, Scott Cooper yakin The Azkals mampu untuk mencabar pasukan lain dalam kumpulan A saingan peringkat kelayakkan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Cooper yang pernah menjadi ketua jurulatih di beberapa negara sekitar Asia Tenggara diberi tanggungjawab penuh untuk menguruskan pasukan kebangsaan daripada Sven Goran-Eriksen bermula tahun ini dan beliau berpendapat Filipina mampu menduduki dua tangga teratas kumpulan A.

Filipina
Sumber Gambar: ABS-CBN News

“Jika semua berjalan seperti yang dirancang, tidak mustahil kita mampu menduduki dua tangga teratas kumpulan. Kita perlu menang kesemua perlawanan di tempat sendiri dan cuba untuk mendapatkan keputusan positif ketika beraksi di tempat lawan.

“Itu adalah matlamat kami. Kita akan cuba memberikan saingan terbaik terutamanya kepada pasukan gergasi dalam kumpulan,” kata Scott Cooper menurut laporan Inquirer.

Keputusan undian WCQ-01

Filipina diletakkan dalam kumpulan A di samping pasukan China, Syria, Maldives dan Guam.

The Azkals akan memulakan kempen peringkat kelayakan pada 5 September ini dengan menghadapi pasukan Syria di laman sendiri.