Liverpool terlalu unggul untuk menuntut bahawa Liverpool itu merah salam aksi Derbi Merseyside.

Di mana skuad The Reds berjaya menewaskan Everton dengan keputusan 4-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi waktu Malaysia.

Mohamed Salah menjadi bintang utama kemenangan Liverpool sekali lagi, dengan menjaringkan dua gol, manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Jordan Henderson dan Diogo Jota. Everton telah menjaringkan gol saguhati menerusi aksi Demarai Gray.

Hasil daripada kemenangan ini, Liverpool terus merapati kedudukan Chelsea dan Man City dalam kelompok 3 teratas.

Liverpool tampil agresif sejak sepak mula lagi. Dan The Reds membuka jaringan apabila permainan baru berjalan selama sembilan minit menerusi rembatan lencong dari luar kotak penalti oleh Jordan Henderson.

Kapten Liverpool itu menggunakan kaki lemahnya untuk melakukan percubaan deras dari luar kotak penalti.

Sepuluh minit kemudian, giliran Mohamed Salah pula mencetak gol selepas menerimq hantaran Jordan Henderson. Di mana Salah terus meluruh berlari ke dalam kotak penalti dan menewaskan Jordan Pickford.

Everton berjaya merapatkan jurang pada minit ke-38 percubaan Demaray Gray yang gagal dihadang oleh Alisson Becker. Gol itu memberikan harapan kepada Everton untuk bangkit.

Di mana kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan skor 1-2 memihak pelawat.

Masuk separuh masa kedua, usaha Everton untuk bangkit ternyata tidak kesampaian. Di mana Liverpool terus bermaharajalela

Mo Salah sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-64. Ianya berpunca daripada serangan balas selepas kesilapan Seamus Coleman.

Salah dengan tangkas menyumbat bola menewaskan penjaga gol antarabangsa England, Jordan Pickford.

Ketika perlawanan berbaki 11 minit, giliran Diogo Jota menjaringkan gol keempat. Menerusi rembatan deras dari kawasan berdekatan byline.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1466169353976569866?t=3LkxFXMj9AqpLJGDX2FW1Q&s=19

Tamat perlawanan, Liverpool menang di tempat lawan dengan keputusan komprehensif 4-1.