Sabah berada di puncak liga selepas  memulakan kempen yang sempurna setakat ini. Kali ini mereka mencipta kemenangan ke atas Kelantan United dalam aksi di gelanggang sendiri.

Baca Juga:

Dalam aksi pertama sebelum ini, Sabah menang besar 4-0 ke atas PDRM FC.

Sabah menurunkan kesebelasan terbaik mereka saat menjamu Kelantan United dalam aksi kedua.

Dalam aksi kedua mereka kali ini, skuad Ong Kim Swee itu menang 3-0 ke atas Kelantan United.

Darren Lok membuka tirai jaringan untuk skuad Sabah menerusi sepakan penalti minit ke-22.

Tidak lama selepas itu giliran Park Tae Su pula menambah jaringan pada minit ke-26. Ianya percubaan yang tepat ke penjuru gol.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-0 memihak kepada pasukan Sabah.

Bersambung babak kedua, Sabah terus menambah gol, ketika separuh masa kedua baru seminit berlangsung.

Telmo Castanheira membuka akaun golnya dalam kancah Liga Super Malaysia, setelah menanduk masuk hantaran cantik Daniel Ting.

Kedua dua pasukan kemudian melonggarkan sedikit tempo permainan mereka.

Ong Kim Swee mengerahkan masuk Baddrol Bakhtiar dan Amri Yahyah. Kedua dua pemain terlibat dalam beberapa siri serangan untuk pasukan Sabah.

Kelantan United berusaha mencipta beberapa siri peluang pada minit minit akhir permainan. Namun penyudah mereka sangat tumpul.

Ketika Sabah berkira kira menang dengan satu lagi clean sheet, Indra Putra Mahyuddin menjaringkan gol saguhati masa kecederaan untuk Kelantan United.

Namun tiada lagi tambahan gol dibuat selepas itu. Sabah menang 3-1 dan berada di puncak liga. Merekodkan 7 gol daripada 2 perlawanan dan hanya bolos sekali, meletakkan mereka di puncak Liga Super Malaysia selepas 2 perlawanan.

Untuk Kelantan United, ini adalah satu lagi kekalahan untuk pendatang baharu Liga Super Malaysia itu selepas ditewaskan Selangor dalam perlawanan sebelum ini.