Khidmat pemain Jepun terus diburu oleh beberapa kelab di rantau Eropah bagi memantapkan pasukan menjelang saingan musim 2019/2020. Baru-baru ini, kelab yang beraksi dalam saingan Belgian First Division B, Sporting Lokeren menandatangani pemain pertahanan, Ryuta Koike.

Ryuta merupakan lulusan Akademi Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) di Fukushima. Apabila mencapai usia 21 tahun, beliau menyertai Renofa Yamaguchi yang ketika itu beraksi dalam saingan J3 League sebagai kelab pertama dalam kariernya.

Ryuta Koike
Ryuta ketika beraksi bersama Kashiwa Reysol.
Sumber Gambar: ameblo.jp

Setelah dua musim beraksi bersama Renofa Yamaguchi, Ryuta kemudiannya menyertai Kashiwa Reysol pada 2017 dimana pemain berusia 23 tahun itu membantu Kashiwa menamatkan saingan J1 League di tangga keempat. Namun, perjalanan Kashiwa di Divisyen tertinggi bola sepak Jepun itu berakhir pada musim 2018 dimana mereka menamatkan saingan di tangga ke-17 sekaligus tersingkir ke saingan J2 bersama V-Varen Nagasaki.

Bersama Sporting Lokeren, Ryuta Koike menandatangani kontrak selama tiga musim dan beliau menjadi pemain Jepun kedua selepas pemain tengah, Jun Amano menyertai Lokeren secara pinjaman daripada Yokohama F Marinos.

Lokeren tersingkir ke saingan Belgian First Division B setelah menamatkan saingan musim lalu di tangga tangga tercorot. Lokeren turut diperkuatkan oleh bekas pemain skuad kebangsaan Belgium, Jelle Van Damme.