Pemain pertahanan Malaysia, V. Ruventhiran tidak mahu mendengar cakap cakap di media sosial yang menggelarkan pasukan Malaysia yang tampil dalam Piala AFF 2022 kali ini sebagai pasukan B.

Baca Juga:

Sebaliknya menurutn Ruventhiran, semua pihak harus menghormati lencana di dada yang ada pada jersi Harimau Malaya.

Bercakap kepada Astro Arena selepas tamat perlawanan, pemain yang menjadi regular dalam skuad Piala AFF 2022 itu menyatakan dia rasa berterima kasih dengan Kim Pan Gon dan staf kejurulatihannnya kerana banyak membantunya.

Malaysia menang 4-1 ke atas seteru Singapura untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

Bukan mudah untuknya mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Corbin Ong yang tidak menyertai Harimau Malaya pada kali ini.

Bercakap tentang kemenangan Harimau Malaya: “Ini adalah kemenangan yang penting, dan kita berjaya mara ke separuh akhir.”

“Saya sangat gembira berada di sini, dengan coach Kim Pan Gon dan pasukan ini, dan terima kasih kepada para penyokong.”

“Coach Kim Pan Gon dan staf kejurulatihan sangat membantu saya. Mereka membawa saya ke Thailand, mereka membawa saya menyertai kelayakan Piala Asia.”

“Dan hari ini saya bermain di sini kerana coach dan staf kejurulatihannya. Saya sangat menghormati mereka kerana mereka mengajar saya banyak perkara.”

“Sangat sukar untuk berada di sini, namun saya bertekad akan meneruskan usaha saya dan terus berusaha membawa nama Malaysia lebih jauh lagi.”

Ruventhiran ditanya tentang pandangan ada pihak menggelarkan pasukan kali ini sebagai pasukan B, kerana ketiadaan pemain daripada pasukan terkuat di dalam saingan domestik iaitu JDT, namun Malaysia tetap mampu mara ke separuh akhir.

Ruventhiran ternyata tidak mahu mendengar label seperti itu. Menurutnya, sesiapa sahaja yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan seharusnya menyahut seruan itu demi negara.

“Langkah seterusnya kita harus fokus.”

“Ini bukan pasukan B, ini bukan pasukan A. Sesiapa sahaja yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan, kita harus bermain demi lencana, kita harus menghormati lencana.”

“Kerana kita berada di sini, kita tinggal di sini, kita melakukan segalanya di sini.”

“Dan [rakyat] negara ini telah membantu kita mara lebih jauh. Jadi kita harus bermain demi negara.”