Cristiano Ronaldo dilaporkan sanggup menerima potongan gaji sebanyak 30% untuk meninggalkan Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini menurut Ben Jacobs.
Sebelum ini beberapa kelab menyatakan bahawa mereka tidak berminat dengan CR7 kerana pemain itu bergaji terlalu tinggi.
Jika itu alasannya, Jorge Mendes sudah memberitahu beberapa kelab elit di Erpah bahawa kliennya sedia menerima gaji jauh lebih rendah. Namun syarat utama kelab itu haruslah bermain di UCL.
Ronaldo sudah menghantar transfer request kepada Manchester United. Walaupun kelab itu berkeras untuk tidak menjual bintang utama mereka itu.
Kini, Cristiano difahamkan serius berminat untuk kembali ke Sepanyol untuk menyertai Atletico Madrid. Ini selepas kelab seperti Bayern, PSG dan Chelsea menarik diri daripada rundingan.
Tetapi Atletico buat masa ini terpaksa menjauhkan diri mereka daripada rundingan tersebut.
Atletico pada masa ini tidak berada dalam kedudukan kewangan yang baik untuk membeli Ronaldo.
Namun ada juga menyatakan bahawa Mendes sengaja menawarkan Ronaldo kepada Atletico untuk menarik perhatian Real Madrid.
Taktik yang sama mereka lakukan ketika menawarkan Ronaldo ke Manchester City satu ketika dahulu. Dan akhirnya Manchester United membuat bidaan saat akhir untuk membawa pulang legenda kelab mereka.
Mendes sebelum ini malah pernah menawarkan Ronaldo kepada Barcelona.
Ronaldo menyatakan bahawa dia masih percaya bahawa dia masih mampu bermain di peringkat tertinggi untuk 3 atau 4 tahun lagi.
Atleti sources reiterate that the club are simply not in a financial position to move. Atleti have termed signing Ronaldo “problematic”. A Real return is also not an option. There is no appetite for it on Real’s side.
— Ben Jacobs (@JacobsBen) July 21, 2022
Namun begitu situasi buat masa ini sangat rumit buat Ronaldo untuk berpindah. Kerana tikada kelab yang benar benar berminat dengan beliau.