Cristiano Ronaldo menyatakan bahawa dia sedang bermain di liga Pro Saudi yang lebih bagus daripada MLS, tempat Lionel Messi bermain.

Dalam wawancara dengan wartawan Portugal, Ronaldo menyatakan: “Liga Pro Arab Saudi lebih baik daripada Major League Soccer.”

“Dalam masa beberapa tahun lagi, Liga Arab Saudi akan memintas Liga Turki dan Liga Belanda. Pemain pemain yang datang ke sini adalah kerana mereka tidak suka dengan apa yang presiden UEFA cakap.”

“Ketika saya memutuskan untuk datang ke sini [Arab Saudi] mereka mengkritik saya. Lihatlah apa dah jadi sekarang? Saya merintis jalan, dan sekarang semua pemain datang ke sini.”

Ronaldo yakin bahawa pengaruh yang ada padanya telah membantu membangkitkan Liga Arab Saudi sama seperti ketika dia lakukan ketika di Serie A sebelum ini.

“Ketika saya menyertai Juventus, Serie A mati. Namun selepas saya menyertai Juve, ianya hidup kembali.”

“Ke mana sahaja Cristiano Pergi, dia akan menarik perhatian yang lebih tinggi.”

Seterusnya Ronaldo mengesahkan bahawa dia sudah tawar hati untuk kembali ke liga Eropah yang menurutnya semakin hambar kecuali Liga Perdana Inggeris.

“Pada usia saya yang sudah 38 tahun, saya boleh sahkan saya tak akan kembali bermain di Eropah yang kualitinya semakin merosot. Hanya EPL sahaja yang benar benar bagus dan berada di hadapan liga lain.”