Senarai penuh pemain bintang yang akan mengambil bahagian dalam satu perlawanan amal yang dianjurkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah dikeluarkan dimana bekas pemenang Piala Dunia, Ronaldo dan bekas bintang Arsenal, Robert Pires akan berada dalam satu pasukan dengan pemilik Johor Darul Ta’zim itu.

Senarai penuh diumumkan oleh laman media sosial rasmi JDT, Johor Southern Tigers semalam dimana selain menjemput pemain bintang dunia, beberapa pemain JDT juga dipilih bagi membarisi pasukan Bintang Dunia dan Pilihan TMJ.

IMG_20190616_083525

Selain Ronaldo dan Pires, pemain yang akan beraksi dalam pasukan TMJ adalah Florent Malouda, Claude Makelele, Esteban Cambiasso, Marco Matterazi dan Gianluca Zambrotta.

IMG_20190616_083529

Untuk pasukan “Rest of the world” pula, pemain seperti Rivaldo, Martin Prest, Edgar Davids dan Rafael Marquez akan beraksi untuk pasukan tersebut.

Menurut JST, pemain bintang yang dijemput akan mengadakan satu sesi ’coaching clinic’. Selain itu, para penyokong turut berpeluang untuk mendapatkan autograf dan sesi bergambar bersama pemain.

Hasil kutipan dari perlawanan ini akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation.

Maklumat mengenai harga tiket akan diumumkan dalam masa terdekat.