Cristiano Ronaldo menikmati malam yang indah di kota suci Mekah apabila menjaringkan 4 gol dalam kemenangan Al Nassr ke atas Al Wehda.
Ronaldo benar benar menikmati malam tersebut di Stadium King Abdul Aziz, yang merupakan markas Al Wehda – selepas permulaan yang agak sukar di Liga Arab Saudi.
Ronaldo turun sebagai kesebelasan utama dengan lilitan kapten Al Nassr. Bintang berusia 38 tahun itu terus memberikan impak segera dengan menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama.
Bergema bunyi SIUUUU daripada penyokong pasukan pelawat di stadium King Aziz.
Pada separuh masa kedua, Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti.
Ronaldo ternyata belum menamatkan urusannya untuk malam itu. Dia menambah 1 lagi gol 8 minit berselang. Memberikan kemenangan 4-0 kepada pasukan tuan rumah.
Empat golnya dalam perlawanan Al Wahda vs Al Nassr adalah pencapaian tersendiri buat Ronaldo.
Buat pertama kali dia menjaringkan hatrik dan juga quat-trick dalam aksi di Liga Arab Saudi.
Menurut rekod Squawka, Ronaldo kini sudah mencatakan 51 hatrik di peringkat kelab sepanjang kariernya. Dan lebih menarik dia sudah mencetak hatrik dalam 14 musim berturut turut dalam karier kelabnya.
Dia turut meraikan gol ke-500 karier kelabnya dalam aksi tersebut.
Great feeling to have scored 4 goals and reaching my 500th league goal in a very solid win by the team!💪🏼
⚽️⚽️⚽️⚽️ pic.twitter.com/o2ZfV6fYBu— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) February 9, 2023
4 gol Ronaldo itu ternyata memberikan kemenangan penting untuk membolehkan Al-Nassr memintas Al-Shabab di tangga teratas liga.
Ayuh saksikan rangkuman 4 gol oleh superstar Cristiano Ronaldo di sini:
All four of Ronaldo's goals for Al Nassr today 🤩 pic.twitter.com/xqSgJ8XTSj
— ESPN FC (@ESPNFC) February 9, 2023