Penyerang KL City, Romel Morales mengakui terdapat peningkatan ketara dalam mutu saingan Liga Malaysia sejak bermain di sini dari tahun 2018.
Beliau baru sahaja membantu pasukannya menjuarai Zon ASEAN Piala AFC 2022 selepas menewaskan PSM Makassar 5-2 sekaligus mencipta sejarah baharu bola sepak negara.
Menurut kenyataannya dalam MFL, peningkatan kualiti saingan liga domestik telah memberi kelebihan kepada kelab dari Malaysia untuk bersaing di pentas Asia.
“Saya secara peribadi sangat gembira kerana bukan berjaya mendapatkan satu gol tetapi satu bantuan jaringan bagi memastikan pasukan menang serta mara ke peringkat seterusnya.
“Kami bekerja keras sepanjang musim ini walaupun permulaan yang sedikit perlahan di Liga Malaysia tetapi kami berjaya beraksi dengan baik di Piala AFC walaupun ini pembabitan tahun pertama kami dan bukannya mudah bermain di tahap sebegini.
“Secara tidak langsung, ini membuktikan Liga Malaysia semakin berdaya saing serta kualiti yang kian meningkat sejak saya datang ke sini.
“Malah, saya perhatikan semakin ramai pemain berbakat serta kehadiran pemain yang berpotensi mewarnai Liga Malaysia yang jadikan semua pasukan semakin kompetitif,” katanya.
AGSHSHSJABAAJANKANA AKAKANAMAL
We are only going to say this once,
KING OF ASEAN 🔴⚪️
FT: 5-1#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/aVTuENwaTX
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) August 24, 2022
Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak, turut berbangga dapat menaikkan imej Liga Malaysia di rantau Asia dan akan cuba membawa cabaran pasukan sejauh mungkin di pentas Piala AFC.
“Di peringkat Asia Tenggara, KL City telah tunjukkan kemampuan pasukan dari Liga Malaysia yang kami adalah terbaik selepas JDT mara ke peringkat saingan kalah mati Liga Juara-juara AFC.
“Saya rasa ini sesuatu yang positif untuk Liga Malaysia yang menunjukkan bola sepak di sini ada kemajuan dari saban tahun.
“Kami tidak letakkan jangkaan yang tinggi bagi kejohanan ini kerana kami merupakan sebuah pasukan yang bekerja keras dan di Malaysia, kami sebuah pasukan yang kecil sahaja serta bajet yang agak rendah.
“Tumpuan saya hanya dari satu ke satu perlawanan seperti mana dilakukan ketika bertemu Viettel di Vietnam, tiada siapa jangkakan kami mampu menang di sana dan sama seperti hari ini ketika berdepan Makassar yang mengungguli kedudukan semasa saingan kumpulan.
“Saya belum pasti lagi siapa lagi yang akan ditemui sama ada pasukan dari India (ATK Mohun Bagan), Uzbekistan (Sogdiana Jizzakh) dan Hong Kong (Eastern), jadi perjalanan kami masih jauh di Piala AFC,” katanya.
KL City akan bertemu kelab dari India, ATK Mohun Bagan di peringkat separuh akhir Antara Zon.
Jika penggantungan FIFA terhadap India kekal sehingga 7 September, KL City layak ke perlawanan akhir Antara Zon bertemu kelab dari Uzbekistan atau Hong Kong.#AFCCup2022 pic.twitter.com/PQJMlTwuEV
— VOCKET FC (@vocketfc) August 24, 2022
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Undian Piala AFF 2022: Malaysia Berada Dalam Balang 2 Bersama Indonesia
Presiden Buriram United Enggan Hantar Pemain Muda Sertai Skuad Kebangsaan
ACL 2022: Urawa Red Terlalu Unggul, Perjalanan JDT Terhenti Di Saitama