Kelab Segunda Division Sepanyol, Real Zaragoza dilihat menggunakan segala cara untuk memastikan Shinji Kagawa meninggalkan pasukan di mana mereka menawarkan sejumlah wang kepada bekas pemain skuad kebangsaan Jepun itu supaya berhijrah.

Zaragoza dilaporkan sedia untuk membayar €600 Ribu atau RM2.9 Juta kepada Kagawa sebagai pampasan sekaligus menamatkan kontrak pemain berusia 31 tahun itu.

Setelah tersingkir ke saingan Segunda Division, Zaragoza enggan untuk mengeluarkan dana yang besar bagi menghadapi saingan musim baharu dan mereka mahu melepaskan pemain yang bergaji tinggi, salah satunya ialah Kagawa.

Tindakan ini nyata mendapat tentangan daripada penyokong kelab di mana mereka berpendapat Kagawa patut dikekalkan sekaligus dijadikan sebagai salah satu senjata dalam usaha untuk kembali ke saingan La Liga musim hadapan.

Dalam satu undian yang dijalankan oleh media Sepanyol, eldesmarque.com, hampir 90 peratus penyokong tidak bersetuju dengan pelepasan Kagawa, manakala bakinya bersetuju sekiranya Kagawa dilepaskan.

Baca artikel lain mengenai Shinji Kagawa di sini:

Real Zaragoza Mahu Lepaskan Shinji Kagawa

Shinji Kagawa Jaringkan Gol Pertama Untuk Real Zaragoza

Pampasan Latihan Dan Sumbangan Solidariti Dari Perpindahan 2 Pemain Ternama Jepun