Kylian Mbappe memberikan bayangan bahawa beliau mahu kekal sekurang kurangnya semusim lagi.

Mbappe menjadi pemain yang dikaitkan dengan Real Madrid. Ini selepas Real Madrid dilaporkan sedia melakukan bidaan ke atas pemain tersebut selepas melepaskan Ramos dan Varane. Sekaligus mengurangkan bil gaji pemain mereka.

Mbappe masih belum melanjutkan kontraknya dengan PSG. Ini telah membuka kepada kemungkinan pemain itu terpaksa dijual jika ada tawaran besar hadir.

Real Madrid sudah lama berminat dengan Kylian Mbappe yang dianggap menepati profil pemain yang sesuai sebagai bintang Los Blancos.

Hubungan baik Mbappe dan Karim Benzema juga dianggap boleh menjadi faktor penarik kepada pemain itu.

Namun Mbappe baru sahaja memberitahu bahawa impian terbesar beliau adalah memenangi Liga Juara Juara Eropah bersama dengan PSG.

PSG sebelum ini pernah mara ke final UCL, dan ketika itu Kylian Mbappe menjadi watak penting kelabnya. Namun dikalahkan Bayern Munich dalam aksi final.

PSG boleh dikira sentiasa tampil sebagai pasukan pilihan dalam beberapa musim ini, kerana memiliki ramai bintang di dalam pasukan mereka.

Pemilik PSG, Nasser Al Khelaifi meletakkan UCL sebagai sasaran utama kelab mereka. Kerana beliau tidak akan membeli Neymar dan Mbappe semata mata untuk menguasai pentas domestik semata mata.

Mbappe mendukung cita cita tersebut bersamanya. Pemain antarabangsa Perancis itu berkata: “Impian terbesar saya adalah untuk memenangi Liga Juara Juara Eropah bersama PSG.”

“Itu pastinya hebat jika berjaya melakukannya.”

Adakah Kylian Mbappe akan terus kekal bersama PSG dan mencapai impiannya itu?

Baca juga artikel

Allgeri Dengan Jujur Beri Sebab Kenapa Bonucci Tak Layak Jadi Kapten Berbanding Dybala

Aguero Jalani Rawatan ‘Stem Cell’ Pada Lututnya

Lukaku Bukan Untuk Dijual