Cristiano Ronaldo dilaporkan menjadi ketua pasukan gabungan Al Nassr dan Al Hilal yang akan menentang Paris Saint-Germain (PSG), yang diperkuatkan oleh Lionel Messi.

Baca Juga:

PSG sebelum ini sudah mengesahkan perlawanan pershabatan menentang kesebelasan terbaik Al Nassr dan Al Hilal. Perancangan untuk perlawanan tersebut sebenarnya sudah diumumkan sejak pra musim lagi.

Cristiano Ronaldo masih belum membuat penampilan sulung bersama Al Nassr walaupun ia telah diperkenalkan secara rasmi pada 4 Januari 2023.

Cristiano Ronaldo Al Nassr
Kredit Foto: Al Nassr

Ronaldo menerima €200 juta semusim di Al Nassr dalam perjanjian sehingga 2025 itu.

Terdapat juga laporan menyebut bahwa Al Hilal sedia membayar Lionel Messi €300 juta untuk menyertai mereka musim hadapan.

Ronaldo masih tidak dapat beraksi bersama kelab Arab Saudi itu kerana terpaksa menjalani hukuman larangan dua perlawanan yang diterimanya ketika masih bergelar pemain Manchester United.

Dengan penggantungan dua perlawanan ini, Ronaldo tidak dapat beraksi menentang Al Ta’ee dan Al Shabab.

Dia hanya mampu bermain ketika menghadapi Al Ittifaq, pada 23 Januari akan datang.

Namun, ternyata penampilan sulung Ronaldo boleh berlaku lebih awal kerana Al Nassr akan mengadakan perlawanan persahabatan dalam masa terdekat.

Biarpun hanya perlawanan latihan ataupu  pertunjukan, namun perlawanan itu tetap menarik perhatian ramai pihak kerana Paris Saint-Germain menjadi lawan kepada pilihan Al Nassr dan Al Hilal.

Perlawanan tersebut akan merebut Piala Musim Riyadh di Stadium King Fahd pada hari 19 Januari 2023.

Sebelum ini pengurus Al Nassr sudah memberikan lampu hijau melepaskan Ronaldo untuk beraksi dalam perlawanan tersebut, walaupun mengakui keberatan melepaskan ramai pemain bintangnya untuk aksi pertunjukan seperti itu.

Namun dengan mempertimbangkan manfaat kepada bola sepak Arab Saudi, maka Al Nassr setuju untuk melihat pemain berpendapatan termahal dalam sejarah bola sepak mereka itu membuat debut di Arab Saudi dengan tidak berseragam Al Nassr.

Ronaldo malah dijangka akan menjadi ketua pasukan untuk aksi menentang PSG yang diperkuat seteru abadinya sepanjang kariernya, Lionel Messi.

Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Am di Arab Saudi, Turki Al-Sheikh telah secara rasmi menyerahkan lilitan kapten kepada CR7.