Al Ittihad rasminya memperkenalkan N’golo Kante sebagai pemain tengah baharu pasukan itu. Kante akan meninggalkan Chelsea secara percuma pada akhir bulan ini sesuai dengan kontraknya yang berakhir.
Baca Juga:
- Barcelona Mahukan Gundogan Dan Kante Secara Percuma
- Ceferin Anggap Strategi Perpindahan Di Arab Saudi Sebagai Merugikan
- Selepas Beli Newcastle United, PIF Kini Miliki Empat Kelab Di Arab Saudi
Kante sudah dikaitkan dengan Al Ittihad sejak bulan lalu lagi. Ketika kelab itu mendapatkan karim Benzema. Di mana Kante adalah nama yang dianggap penting dalam projek baharu kelab itu.
Namun rundingan dengan Kante sebelum ini tersekat pada terma peribadi dengan pemain itu. Di mana Al Ittihad mahu membuat pemeriksaan medikal lebih rapi.
Memandangkan mereka membayar Kante €100 juta semusim di kelab Arab Saudi tersebut. Kelab itu tidak mahu membazir wang yang banyak untuk pemain yang ‘rapuh’ atau ‘kaca’.
Kante meluangkan masa di bilik pemulihan kebanyakannya pada musim lepas. Namun selepas beberapa siri ujian medikal dibuat, kelab itu akhirnya setuju untuk memuktamadkan perjanjian dengan N’golo Kante.
Menamatkan era 7 tahun pemain itu di Stamford Bridge. Di mana Kante menjadi pemain penting dalam kejuaraan EPL dan juga UCL Cheslea pada tempoh itu.
Kante akan terus memakai jersi no.7 di Al Ittihad. Jersi yang dia sarung ketika di Chelsea. Sebelum itu, Kante menjadi maestro penting dalam membantu Leicester melakar kejutan bergelar juara EPL sebelum ini.
Bersama skuad kebangsaan Perancis, Kante memainkan peranan besar dalam membantu negaranya menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia.