Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan rasmi melalui laman sosial Facebook mereka menyatakan bahawa telah menerima pengesahan dari Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkenaan venue perlawanan Malaysia bertemu UAE dan Vietnam.

Seperti yang kita tahu, Malaysia akan menghadapi UAE pada 26 Mac sebelum menerima kunjungan Vietnam pada 31 Mac 2020 nanti.

Mengikut pengesahan dari pihak AFC yang diterima, perlawanan bertemu UAE akan diadakan di Stadium Al Maktoum, Dubai manakala perlawanan bertemu Vietnam pula akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

FAM juga telah mengatur 1 perlawanan persahabatan untuk memanaskan badan menjelang perlawanan bertemu UAE terutamanya apabila memberikan pengesahan akan berjumpa pasukan kebangsaan Bahrain pada 21 Mac 2020 di Stadium Khalifa City, Isa Town.

2 perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 adalah sangat penting bagi skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dimana keputusan kedua-dua perlawanan ini akan menjadi indikator penting samada Malaysia akan layak ke pusingan 3 kelayakan Piala Dunia 2022 seterusnya layak terus ke saingan Piala Asia 2023 atau pun perlu melalui perlawanan kelayakan Piala Asia yang berikutnya.

Berdasarkan apa yang telah dipersembahkan oleh skuad Tan Cheng Hoe sebelum ini, kita memiliki peluang yang baik sebenarnya untuk melakukan ‘upset’ keatas pasukan-pasukan dalam kumpulan G dan layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Asia.

Kita boleh!

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Yusoff Mahadi Mahu Skuad Harimau Malaya Takluk Asia Tenggara Pada Tahun 2020

Kuwait Bakal Uji Kekuatan Harimau Malaya Pada Bulan Jun 2020

Juara Gulf Of Nations Cup, Bahrain Setuju Menentang Harimau Malaya Dalam Perlawanan Persahabatan