Claudio Ranieri akui terkejut dengan keputusan Roberto Mancini yang meletak jawatan sebagai pengurus Itali untuk menjadi pengurus Arab Saudi.

Baca Juga:

Menurut pengurus Cagliari itu, tindakan Mancini itu sukar untuk dia fahami. Dan dia tak menolak untuk menganggap Mancini pergi ke Arab Saudi kerana wang berbanding dengan perkara lain.

Mancini dilaporkan menjadi pengurus dengan gaji tertinggi di dunia mengatasi Pep Guardiola dan Steven Gerrard.

Mancini menerima €30 juta semusim di Arab Saudi, Pep Guardiola dengan €23 juta dan Steven Gerrard dengan €17 juta semusim di Al Ettifaq.

Mancini bagaimanapun pernah menafikan bahawa dia menyertai Arab Saudi kerana wang. Sebaliknya dia menyertai pasukan itu kerana mahukan cabaran baharu.

Mancini menambah dia juga tertarik untuk merasai pengalaman bola sepak di Asia yang menurutnya semakin meningkat naik terutama sekali Arab Saudi.

Roberto Mancini
Sumber Gambar: Fabrizio Romano

Arab Saudi memiliki asas yang baik menurut Mancini kerana perkembangan Liga Pro Saudi pada masa ini yang sangat rancak menerima kehadiran pemain pemain berkelas dunia.

Apa sahaja alasan Mancini, bagi Ranieri dia tidak akan menukar jawatan pengurus Itali dengan jawatan pengurus Arab Saudi.

Ranieri berkata: “Saya kalau boleh nak menamatkan karier saya di sini di Cagliari.”

“Namun kalau saya mahu menerima cabaran lain, jika ianya adalah daripada skuad kebangsaan Itali, saya akan menerimanya.”

“Itupun jika pasukan kebangsaan Itali berminat dengan khidmat saya.”

“Untuk menguruskan Arab Saudi? Tak sama sekali. Jujur saya beritahu kamu, saya tak akan terima tawaran dari Arab Saudi. Kerana motivasi saya tidak pernah sesekali kerana wang.”