Pasukan negara akan turun berdepan Timor Leste pada perlawanan kedua play-off kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini dengan bekalan selesa selepas menang besar pada perlawanan pertama dengan keputusan 7-1 Jumaat lalu.

Ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe dijangka akan membuat beberapa perubahan dan di sini kami kongsikan kepada anda ramalan kami untuk kesebelasan utama yang mungkin diturunkan pada perlawanan malam ini.

1. Farizal Marlias

Farizal Marlias
Sumber Gambar: FAM

Farizal Marlias dijangka mengekalkan posisi beliau dalam kesebelasan utama sekaligus menggalas tugas sebagai ketua pasukan.

2. Matthew Davies

Matthew Davies
Sumber Gambar: FAM

Davies beraksi dengan baik pada perlawanan pertama apabila hantaran lintang serta larian beliau sering memberi kesukaran kepada benteng pertahanan lawan.

3. Shahrul Saad

shahrul saad
Sumber Gambar: mStar

Shahrul berjaya memastikan benteng pertahanan pasukan negara tidak dibolosi dengan lebih banyak gol pada perlawanan pertama.

4. Adam Nor Azlin

Adam Nor Azlin
Sumber Gambar: FAM

Adam membentuk satu gandingan mantap bersama Shahrul sekaligus memberikan perlindungan yang baik untuk Farizal.

5. La’Vere Corbin-Ong

Corbin-Ong
Sumber Gambar: FAM

Corbin menjaringkan gol pertamanya bersama pasukan negara dan beliau dijangka terus mengisi posisi pertahanan kiri dalam kesebelasan utama.

6. Syamer Kutty Abba

Syamer Kutty Abba
Sumber Gambar: Goal.com

Syamer dilihat bakal menggantikan tugas Akramdi bahagian tengah bagi melindungi barisan pertahanan dan mematahkan gerakan serangan lawan.

7. Nor Azam Azih

Nor Azam Azih
Sumber Gambar: FAM

Azam menjalankan tugas dengan baik sebagai perancang utama pasukan negara pada perlawanan pertama dan beliau dijangka mengekalkan tempat pada perlawanan malam ini.

8. Mohamadou Sumareh

Mohamadou Sumareh
Sumber Gambar: FAM

Sumareh tampil sedikit goyah pada mulanya namun beliau berjaya menyumbang beberapa assist pada perlawanan Jumaat lalu.

9. Faiz Nasir

Faiz Nasir
Sumber Gambar: FAM

Faiz menyumbang satu gol pada perlawanan pertama dan beliau dijangka mengambil alih tugas Norshahrul bagi membantu penyerang utama negara.

10. Akhyar Rashid

Akhyar Rashid
Sumber Gambar: FAM

Sama seperti Faiz, Akhyar turut menyumbang satu gol dan beliau dilihat sebagai pilihan utama untuk menggantikan Safawi Rasid dalam kesebelasan utama.

11. Shahrel Fikri Fauzi

Shahrel Fikri Fauzi
Sumber Gambar: FAM

Ketiadaan Syafiq Ahmad membolehkan Shahrel Fikri menerajui jentera serangan pasukan negara.

Itulah ramalan kesebelasan utama kami bagi perlawanan kedua menentang Timor Leste malam ini. Apa yang penting kelebihan yang dimiliki harus dikekalkan bagi memastikan Malaysia mara ke pusingan kedua peringkat kelayakan.