Penyerang skuad kebangsaan, R.Kogileswaran sah menyarung jersi bernombor 70 bersama kelab divisyen dua Liga Korea, Chungbuk Cheongju bagi mengharungi saingan musim 2023.
Baca Juga:
- Chungbuk Cheongju Kongsikan Perkembangan Terkini R.Kogileswaran
- Nasihat Daripada Kim Pan Gon Yakinkan Kogileswaran Sertai Kelab Liga Korea
- RASMI: Kogileswaran Pemain Malaysia Pertama Berkelana Di Liga Korea
Perkara ini dikongsikan oleh Harimau Abroad dimana baru-baru ini Chungbuk Cheongju mengeluarkan senarai pemain dengan nombor jersi yang bakal digunakan oleh barisan pemain dan R.Kogileswaran diberikan jersi bernombor 70.
Chungbuk Cheongju FC confirmed their squad numbers for the 2023 season. Kogileswaran Raj (코기) will wear number 70. pic.twitter.com/HJO4UtM7sV
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) February 7, 2023
Baru-baru ini, pihak kelab memberikan perkembangan terkini mengenai pemain berusia 24 tahun itu dimana beliau sudah mula menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan.
Menurut caption yang digunakan oleh kelab, Kogi sedang menyesuaikan diri dengan hidup di Korea selain bersama rakan sepasukan dan bukannya mengalami kecederaan seperti yang diperkatakan di laman media sosial.
Sebelum ini, Kogi menjelaskan nasihat daripada ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon merupakan antara faktor utama yang mendorongnya membuat keputusan untuk berkelana ke Korea Selatan.
Bekas pemain PJ City itu turut menjadikan sepupunya, Titus James Palani sebagai inspirasi untuk mengikut jejak langkah beraksi di luar negara. Titus sebelum ini pernah menyertai beberapa kelab divisyen bawahan di Perancis.
“Ini adalah detik yang paling gembira dalam hidup saya. Sejak kecil, saya selalu menyimpan impian untuk beraksi di luar negara seperti Titus dan akhirnya ia jadi kenyataan.
“Sebelum menandatangani kontrak dengan Chungbuk, saya telah bercakap dengan ‘coach Kim’ mengenai perpindahan ini. Dia telah memberikan nasihat yang berguna dan juga tumpang gembira. Dia juga sempat menghubungi saya sebelum berangkat ke Korea Selatan.
“Saya mahu berterima kasih kepada coach Kim atas nasihatnya, ia sangat bermakna untuk saya. Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada pembantu pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin dan juga Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin. Kedua-duanya telah memberi sokongan penuh,” katanya.
Kogi menjadi pemain kedua dari rantau Asia Tenggara dalam saingan K2 dimana sebelumnya ketua pasukan skuad kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam beraksi bersama Jeonnam Dragons.