Penyerang skuad kebangsaan, R.Kogileswaran membantu kelabnya, Chungbuk Cheongju meraih kemenangan dalam saingan Piala FA Liga Korea ketika berdepan Seoul Jungnang.
Baca Juga:
- R.Kogileswaran Sarung Jersi Nombor 70 Bersama Chungbuk Cheongju
- Chungbuk Cheongju Kongsikan Perkembangan Terkini R.Kogileswaran
- Agensi Ini Dedah Pemain Malaysia Bakal Berhijrah Ke Liga Korea
Pada perlawanan baru-baru ini, R.Kogileswaran diturunkan dalam kesebelasan utama oleh pengendali Chungbuk Cheongju, Choi Yun-kyum dan beliau diletakkan di posisi sayap kiri.
R.Kogileswaran membuat penampilan pertama bersama Chungbuk Cheongju 🇲🇾 #VocketFC pic.twitter.com/lZwHWMc1YV
— VOCKET FC (@vocketfc) March 29, 2023
Menurut perkongsian saudara Lee Seng Foo di laman media sosial Twitter, Kogi menampilkan prestasi yang baik dimana beliau membuat beberapa percubaan selain mencipta persefahaman yang cukup baik bersama rakan sepasukan.
Sebelum separuh masa pertama tamat, Kogi membuat percubaan dari luar kotak penalti namun rembatan jarak jauh beliau berjaya ditepis oleh penjaga gol lawan.
A good attempt by Kogi with his second shot on target. pic.twitter.com/Nwv5XIB83N
— Lee Seng Foo🇲🇾李成富 (@sengfoo88) March 29, 2023
Bekas pemain Sri Pahang dan Petaling Jaya City itu terlibat ketika jaringan kedua Chungbuk dimana beliau dijatuhkan ketika proses gerakan namun mujur rakan sepasukan berjaya menjaringkan gol. Kogi akhirnya dikeluarkan pada minit ke-60 dan menamatkan penampilan pertama beliau bersama kelab baharunya.
Pemain berusia 24 tahun itu dianggap menampilkan prestasi yang baik pada penampilan pertamanya dan tidak mustahil pengurus pasukan terus meletakkan beliau dalam kesebelasan utama.
Selepas ini, Chungbuk akan turun berdepan Seongnam FC dalam saingan divisyen dua pasukan itu mahu meraih kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga. Chungbuk ketika ini menduduki tangga ketujuh dengan kutipan lima mata.