Qatar telah berkongsi tarikh rasmi bagi temasya Piala Asia 2023 dimana kejohanan bola sepak terbesar di rantau Asia itu bakal diadakan pada 12 Januari hingga 10 Februari 2024.
Baca Juga:
- RASMI: Billionaire Qatar Hantar Bidaan Rasmi Mahu Beli Manchester United
- Piala Asia 2024: Sasaran Layak Ke Pusingan 16 Pasukan Terakhir, Ini Komen Kim Pan-gon
- Impian Datuk Hamidin Untuk Malaysia Di Piala Asia 2024
Perkara ini dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi badan tersebut dimana mereka telah membentuk jawatankuasa pertandingan bagi menguruskan kejohanan tersebut.
📄 Local Organising Committee formed for AFC Asian Cup Qatar 2023
H.E. Sheikh Hamad bin Khalifa bin Ahmed Al Thani has been appointed as Chairman of the LOC, and Mansoor Al Ansari as the Managing Director#AsianCup2023 pic.twitter.com/qbFVp5iMXp
— Qatar Football Association (@QFA_EN) February 28, 2023
Negara yang terletak di Timur Tengah itu baru sahaja menamatkan tugasan sebagai tuan rumah temasya Piala Dunia 2022 yang menyaksikan Argentina muncul juara selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir.
Piala Asia 2023 sepatutnya diadakan di China namun begitu mereka menarik diri ekoran situasi pandemik COVID-19 yang masih belum terkawal di negara itu. Selepas mengharungi proses yang panjang memilih semula tuan rumah yang melibatkan empat negara iaitu Qatar, Indonesia, Australia dan Korea Selatan, Qatar diangkat sebagai hos baharu untuk kejohanan ini.
24 pasukan telah berjaya melayakkan diri termasuk empat dari rantau Asia Tenggara yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Menjelang temasya empat tahun sekali itu, pasukan negara telah merancang beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai persediaan sepanjan tahun ini dimana Malaysia dijadual turun bertemu Turkmenistan serta Hong Kong dalam satu aksi persahabatan antarabangsa pada bulan Mac nanti dan perlawanan menentang dua pasukan ini bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Bagi perlawanan persahabatan bulan Jun, pasukan negara berkemungkinan besar bakal menentang dua pasukan dari Asia Barat manakala untuk bulan September, ketua jurulatih pasukan, Kim Pan-gon mahu membawa skuad kebangsaan beraksi di luar negara.