Dua hari lagi menjelang sepak mula Piala Dunia 2022, tuan rumah, Qatar berdepan tuduhan berat apabila disyaki memberi rasuah pemain skuad kebangsaan Ecuador supaya mereka kalah dalam perlawanan pembukaan pada 20 November ini.
Baca Juga:
- Blatter: Selepas Qatar Dipilih Jadi Penganjur, Mereka Beli Jet Pejuang $14.6b Dari Perancis
- Qatar Bayar Penyokong Untuk Menyanyi Dan Bersorak Di Piala Dunia 2022
- Lloris Tak Akan Pakai Lilitan Pelangi Kerana Hormati Qatar
- Qatar Pasang Penghawa Dingin Dan Pembersih Udara Khas Untuk Atasi Masalah Suhu Panas
- Larangan Bermain Golf Buat Skuad Wales Di Qatar
Perkembangan mengejutkan itu didedahkan oleh pakar dalam hal ehwal politik strategik dan pengarah wilayah British dari Arab Saudi, Amjad Taha menerusi laman twitternya sekaligus menjadi perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak dunia.
“Qatar telah merasuah lapan pemain Ecuador $7.4 juta (RM33.70 juta) untuk tewas dalam perlawanan pembukaan (1-0 di separuh masa kedua). Lima orang dalam pasukan Qatar dan Ecuador mengesahkan perkara ini.
“Kami harap ia palsu. Kami berharap perkongsian ini akan menjelaskan keadaan. Dunia harus menentang rasuah FIFA,” tulisnya.
https://twitter.com/amjadt25/status/1593271354803032064?s=20&t=1kL9ZvYLQ2TcIQA00jw1Hw
Laporan dari MARCA turut mengesahkan perkara itu melalui sumber dalaman dan seorang wartawan telah diberi amaran mengenai korupsi membabitkan FIFA.
Menurut MARCA, Qatar telah menawarkan pemain Ecuador dengan sejumlah wang yang cukup banyak dengan syarat mereka tewas dengan jaringan 1-0.
Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis belum ada kenyataan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) atau kerajaan negara itu untuk menafikan perkembangan tersebut.
Namun, FIFA dalam kenyataan rasmi mengesa semua pihak memberi fokus kepada sukan bola sepak tanpa penglibatan serangan politik serta mengelakkan pelbagai spekulasi yang menjatuhkan pasukan masing-masing.
Pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia sebelum ini menjadi persoalan apabila terdapat satu pendedahan yang dibangkitkan oleh pendakwa raya di New York mengenai gejala korupsi yang berlaku dengan mendakwa beberapa Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) telah ditawar dan dihulurkan rasuah yang berkaitan dengan undi mereka.
Malah, bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter sendiri mengakui bahawa pemilihan Qatar sebagai penganjur Piala Dunia adalah satu kesilapan. Dan ianya ada kaitan dengan unsur unsur korupsi.
Ini kerana hanya selepas 6 bulan selepas Qatar memenangi hak penganjuran Piala Dunia 2022, negara itu telah membeli jet pejuang dari Perancis.