Ketua eksekutif Piala Dunia 2022 ataupun disebut Qatar 2022, Nasser Al Khater telah mengeluarkan kenyataan meyakinkan peminat bola sepak dari komuniti LGBT bahawa mereka akan dialu alukan datang ke Qatar tahun hadapan.

Negara Arab tersebut yang akan menganjurkan kejohanan pameran global pada November dan Disember 2022, mempunyai undang-undang terhadap hubungan sejenis. Di mana mereka melarangnya di negara mereka.

Namun Nasser Al Khater memberikan jaminan bahawa negara tersebut akan menyokong mana mana individu yang mahu mengibarkan bendera LGBT bercorakkan pelangi semasa Piala Dunia itu nanti.

Baru baru ini pelumba Formula 1, Lewis Hamilton memakai helmet dengan corak pelangi di Qatar tanpa sebarang halangan.

Nasser Al Khater mengeluarkan kenyataan tersebut selepas desakan daripada beberapa pertubuhan hak asasi selepas komen legenda Mesir, Mohamed Aboutrika menerusi BeIN Sport sebelum ini yang terbuka mengecam LGBT sebagai perosak masyarakat dan kemanusiaan.

Selain itu tekanan juga dirasai oleh Nasser Al Khater selepas baru baru ini pemain Australia iaitu Josh Cavallo, yang tampil mengakui dia gay baru baru ini. Josh menyatakan bahawa dia risau untuk datang ke Qatar sekiranya nama dia dipilih mewwakili negaranya.

Nasser Al Khater, Ketua Pegawai Eksekutif kejohanan itu, mendakwa banyak negara yang salah faham tentang polisi Qatar dalam penganjuran Piala Dunia 2022.

Al Khater memberitahu CNN: “Kami mengalu-alukan dia (Cavallo) di sini di negara Qatar, kami mengalu-alukan dia untuk datang dan menonton [jika tidak mewakili negaranya], walaupun sebelum Piala Dunia. Tiada siapa yang harus berasa terancam di sini, tiada siapa yang berasa tidak selamat di sini.”

“Saya rasa, sedihnya, mungkin dia mendapat persepsi ini kerana membaca banyak tuduhan itu dan ini atau membaca banyak berita yang memberikan pandangan negatif.”

“Qatar adalah seperti masyarakat lain di dunia ini. Semua orang dialu-alukan datang ke sini.”

“Qatar adalah negara yang sederhana. Itu sahaja yang perlu dihormati oleh tetamu yang tiba. Selain itu, semua orang bebas menjalani kehidupan mereka walaupun berbeza orientasi seksual.”

Ditanya sama ada orang gay boleh berasa selamat di Qatar, Nasser Al Khater berkata, mereka tak perlu risau dan tiada larangan sekalipun jika mereka mahu menginap di hotel yang sama sebagai satu pasangan.

Nasser menambah: “Mereka akan datang ke Qatar sebagai peminat kejohanan bola sepak. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh manusia lain.”

“Apa yang saya katakan, Qatar dari paparan kami kepada khalayak ramai, kami adalah negara konservatif.”

Qatar telah menerima banyak kritikan terhadap rekod hak asasi manusianya dalam pembinaan infrastruktur kejohanan itu, terutamanya berkaitan layanannya terhadap pekerja asing yang terlibat dalam pembinaan kemudahan.

Nasser Al Khater menegaskan perkara yang sama ketika beberapa pertubuhan menyokong Pride (kempen pelangi) mahukan penjelasan tentang layanan yang akan diterima oleh pemain dan peminat yang berorientasi seksual songsang, datang ke Qatar nanti.

Ini selepas BeIN mempertahankan pandangan Mohamed Aboutrika sebagai pandangan peribadi yang harus diraikan sama seperti pandangan orang lain. BeIN adalah media dari Qatar.

Aboutrika terbuka menentang kempen gelang pelangi di EPL

Beberapa minggu lalu, Mohamed Aboutrika secara langsung bercakap selama dua minit tanpa henti tentang kempen gelang berwarna pelangi / rainbow laces yang menjadi sebahagian daripada program tahunan di EPL.

Menurut Aboutrika, hom*sksualiti adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan dia meminta saluran sukan seperti BeIN yang berasal dari Qatar untuk tidak menyiarkan kandungan berkaitan dengan kempen tersebut. Kerana secara tak langsung ianya ibarat menyokong kempen tersebut.

Premier League menuduh Aboutrika sebagai menyalahgunakan pengaruhnya di khalayak ramai. Ini kerana Aboutrika diiktiraf sebagai salah seorang muslim paling berpengaruh di dunia.

Aboutrika menganggap ideologi kempen gelang pelangi itu sebagai ideologi bahaya dan semakin ramai yang tidak malu untuk mengakui mereka adalah songsang.

Aboutrika berkata: “LGBT ni merupakan ideologi yang bahaya dan memudaratkan. Dan hari ini semakin ramai yang tak malu mengaku mereka songsang.”

“Ideologi ini bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam tetapi bertentangan dengan lumrah kejadian manusia.”

“Seorang Muslim harus memainkan peranan untuk melindungi anak anak mereka daripada terjerumus ke dalam ideologi ini.”

“Mereka akan cakap ini adalah hak asasi manusia. Ini bukan isu hak asasi manusia tetapi ini isu yang berkaitan dengan perkara yang bertentangan dengan kemanusiaan.”

Aboutrika bagaimanapun memberikan pujian kepada pemain muslim di EPL yang rata rata tidak menyokong kempen ini secara peribadi.

Aboutrika kemudian menambah bahawa ideologi ini adalah perkara yang memalukan.

Ini telah membuatkan berlaku bantahan daripada Liga Perdana, yang secara terbuka menyokong kempen tersebut di dalam dan di luar padang.

“Sangat mengecewakan melihat legenda bola sepak Mesir, Mohamed Aboutrika menolak kempen Liga Perdana Inggeris tentang gelang pelangi yang menggunakan agama menentangnya,” tegas kenyataan penyokong Pride dalam bola sepak Eropah, FARE Network.

“Beliau diberi ruang untuk menafikan hak dan kewujudan sesebuah komuniti.”

Menjawab perkara ini, beIN Sports menyatakan ia terbuka kepada semua latar belakang memandangkan siaran di salurannya mengandungi banyak sukan dari pelbagai negara.

“Sebagai kumpulan media yang berkaliber dunia, kami mewakili semua juara dan penyokong mereka. Kami juga menyediakan ruang untuk setiap latar belakang, bahasa dan budaya di lebih 43 negara di seluruh dunia untuk bersuara. Itulah yang kami pegang setiap hari,” kata beIN Sports dalam satu kenyataan.

Premier League kemudian menyatakan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan dengan BeIN berkaitan dengan kenyataan Aboutrika itu.

https://twitter.com/KhaledGamalGad1/status/1466082537961406465?t=JXROicWLXRlzwhgPWbcsgQ&s=19

Mereka kemudian memberikan tekanan kepada BeIN agar menamatkan kontrak pundit itu serta merta.

Premier League berkata: “Kami sangat tak setuju dengan pandangan pundit tersebut. Premier League dan kelab kelab kami komited menyokong secara inklusif LGBBT. Dan menjelaskan di sini bahawa bola sepak adalah untuk semua orang.”