Christian Pulisic menjadi pemain terbaharu yang terbuka tentang isu bergelut dengan prestasi di Chelsea kerana taktikal Thomas Tuchel.
Sebelum ini Lukaku mengkritik Tuchel tidak menurunkannya dalam sistem permainan yang terbaik dan menukar taktikal yang tidak sesuai dengannya.
Pulisic pula menyatakan dia kerap diturunkan di posisi bukan kegemarannya dan membuatkan dia bergelut dengan prestasi pada musim ini.
Pemain sayap bernilai £58 juta itu bergelut untuk mendapatkan tempat sebagai pemain kesebelasan utama yang konsisten di Stamford Bridge di bawah kendalian Thomas Tuchel. Selain daripada turut bergelut dengan kecederaan sejak ketibaannya di kelab itu pada 2019.
Pulisic kini berada dalam tugasan antarabangsa bersama Amerika Syarikat menjelang aksi kelayakan Piala Dunia bermula menentang El Salvador pada hari Jumaat.
Dia dengan terbuka berkongsi tentang kesulitannya di Chelsea, dengan memberitahu NBC Sports: “Jelas sekali, tahun ini adalah musim yang naik turun. Saya tidak betul-betul berada di situasi saya mahukan pada sekarang ini.”
“Saya hanya akan meneruskan [perjuangan saya] dan ia tidak menjejaskan fokus saya apabila saya datang ke sini. Jadi saya teruja untuk berada di sini.”
“Apabila saya datang ke pasukan kebangsaan ia adalah seringkali tentang “Bagaimana keadaan dengan Chelsea?” dan ‘ ini apa” dan ‘ itu apa’. Ia sukar.”
“Secara mental ianya telah bermain di fikiran saya pada masa masa tertentu tetapi saya sentiasa sangat teruja untuk berada dalam pasukan kebangsaan dan dapat menikmati bermain dengan pemain pemain ini [rakan sepasukan di pasukan kebangsaan AS] dan mahu menikmati bola sepak secara umumnya.”
Pulisic has played as a winger, striker and wing-back under Thomas Tuchel 👀 pic.twitter.com/fue8pJOQix
— ESPN FC (@ESPNFC) January 27, 2022
Walaubagaimanapun, Pulisic melihat dari sudut positif. Di mana ianya akan membantu dirinya menjadi pemain yang lebih serba boleh dan versatil.
“Ianya sukar. Saya jarang bermain di posisi yang saya mahukan. Tetapi saya fikir, ianya adalah kualiti yang baik untuk menjadi seorang pemain yang serba boleh dan boleh bermain dalam semua jenis posisi atas padang serta mempunyai kekuatan yang berbeza di atas padang.”
“Saya telah belajar banyak perkara dan saya bersedia untuk berada di tempat dalam beberapa perlawanan akan datang yang saya lebih selesa untuk beraksi.”
Menjelang rehat antarabangsa, pemain berusia 23 tahun itu merupakan pemain gantian yang tidak digunakan dalam dua perlawanan liga terakhir Chelsea selepas bermain dalam enam perlawanan berturut-turut sepanjang tempoh perayaan dalam pelbagai posisi.
Sepanjang tempoh tersebut, Pulisic telah bermain sebagai false nine, bek sayap dan dalam peranan yang biasa untuknya iaitu di bahagian sayap serangan.
Pulisic bukanlah bintang Chelsea pertama yang bersuara mengenai kesukarannya musim ini kerana sistem Tuchel. Seperti yang diketahui, Romelu Lukaku bercakap dengan lebih kritikal mengenai perkara itu semasa wawancara dengan Sky Italia.
Christian Pulisic has discussed how Thomas Tuchel's tactical decisions have hampered his club form this season.https://t.co/vPVcObmT17
— Standard Sport (@standardsport) January 27, 2022
Pemain Belgium itu berkata: “Secara fizikal saya baik baik sahaja. Tetapi saya tidak berpuas hati dengan situasi di Chelsea.”
“Tuchel telah memilih untuk bermain dengan sistem lain – saya tidak akan berputus asa, saya akan bersikap profesional.”
“Saya tidak gembira dengan situasi itu tetapi saya profesional – dan saya tidak boleh berputus asa sekarang.”
Tindakan Lukaku itu membuatkannya digantung tugasan dalam 1 perlawanan oleh Tuchel. Pemain tersebut kemudian meminta maaf secara terbuka kepada rakan sepasukan, kelab dan Tuchel.
Adakah Pulisic akan menerima nasib serupa dengan Lukaku? Ramai peminat Chelsea menyatakan bahawa cara Pulisic mengeluarkan kenyataan adalah lebih profesional berbanding Lukaku yang kemudian berterusan menyatakan dia mahu pulang ke Inter Milan.
There is more to that. He said after that he’s learnt to be more versatile. Before people go for Pulisic like we did for Lukaku. Just realise that there’s additional context unlike Lukaku who just admitted to wanting to return to Inter. https://t.co/6awg7yEgo3
— ⁸ (@cfcraff) January 27, 2022