PSV Eindhoven mencipta sejarah baharu dalam dunia bolasepak apabila pada bulan Ogos yang lalu, mereka telah menandatangani perjanjian penajaan dengan bayaran menggunakan matawang kripto sepenuhnya.
PSV Eindhoven yang kini bermain di Eredivisie, liga divisyen tertinggi di Belanda, mengumumkan melalui majalah Bitcoin Magazine bahawa rakan penaja rasmi mereka, Anycoin Direct telah bersetuju untuk menaja kelab selama dua musim. Perjanjian ini menjadikan mereka adalah kelab pertama di dunia yang menerima matawang kripto Bitcon sebagai bentuk penajaan.
“Dunia matawang kripto nampak begitu meyakinkan dan masa depannya kelihatan amat menjanjikan sesuatu yang lumayan,” kata Frans Janseen, pengarah komersil PSV, ketika beliau menandatangani perjanjian penajaan.
“Sebagai kelab yang berada di wilayah Brainport (lembah Silikon Belanda), kami sentiasa berinovatif dan pada pandangan kelab, matawang kripto adalah salah satunya,”
Janssen dengan pantas mencipta dompet kripto Bitcoin setelah menyelesaikan kontrak untuk menerima Bitcoin. Kelab telah mendapat semua jumlah Bitcon sejak Ogos dan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjualnya dalam masa terdekat.
“Anycoin Direct telah bersetuju untuk membayar sejumlah wang berbentuk Bitcoin dan kami senang hati menerimanya melalui dompet kripto kami,” ujar Janssen lagi.
PSV telah mengorak langkah selari dengan apa yang dikongsikan oleh Kesatuan Eropah (EU) dan menjadi antara cerita berjaya dalam meningkatkan populariti Bitcoin di Eropah dan Belanda khususnya, dengan niat mahu meningkatkan kesedaran atau pengetahuan mengenai Bitcon di Eropah.
BREAKING — Dutch football giant @PSV confirms its now holding #Bitcoin on its balance sheet ⚽️ 🇳🇱 pic.twitter.com/XUHrs8hSRd
— Bitcoin Magazine (@BitcoinMagazine) September 22, 2021
“Membesar di wilayah Eindhoven, kelab PSV sentiasa dekat dengan saya,” kata Lennert Vlemmings, Ketua Pegawai Operasi Anycoin, pada Ogos.
“Kami sebagai sebuah syarikat teknologi yang juga berada di wilayah Brainport, kami sangat gembira untuk bekerja dengan PSV. Pembayaran dalam bentuk Bitcoin juga merupakan langkah untuk mengangkat matawang kripto di Eropah,” tambah Vlemmings lagi.
Langkah PSV juga memberi petunjuk bahawa banyak lagi kelab lain akan menjadikan Bitcoin sebahagian sebagai urusan rasmi berikutan permainan teori dalam Bitcoin. Bitcoin terus mendapat peningkatan jika dibandingkan matawang Euro, dan kelab yang tiada penglibatan dengan Bitcoin akan ketinggalan.
PSV yakin akan menunjukkan sesuatu dalam jendela perpindahan akan datang apabila mereka mahu mendapatkan pemain yang lebih baik disebabkan mereka dapat menjana keuntungan melalui Bitcoin.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:
Derby County Dilanda Masalah Kewangan, Ditolak 12 Mata Oleh EFL
West Ham Singkir Man United, Sancho Terus Kemarau Gol Dan Assist