Baru-baru ini, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan beberapa kemaskini melalui laman sosial pemain Kedah yang membayangkan bahawa pasukan mereka kini berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Malah, pemain import skuad Helang Merah, Kpah Sherman turut memberikan satu gambaran situasi semasa masalah dalaman yang sedang melanda pasukan Kedah FA terutamanya tunggakan gaji yang masih belum diterima setakat ini.

Difahamkan KFA sudah membayar gaji pemain dan pegawai untuk bulan Februari dan 40 peratus pada bulan Mac. Namun, masih ada 4 hingga 6 bulan lagi tunggakan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA), YAB Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan isu tunggakan gaji ini sudah lama berlaku pada zaman pemerintahan terdahulu.

Menurutnya, ia bukan sahaja melibatkan gaji pemain sahaja, tetapi ada beberapa lagi tunggakan yang pimpinan lepas lakukan. Antaranya tunggakan KWSP, LHDN, dan bayaran penyelia tiket pengangkutan.

Beliau juga menegaskan KFA tidak akan menggunakan duit rakyat untuk membayar tunggakan gaji pemain disebabkan janji yang pimpinan lepas aturkan.

“Tunggakan gaji ini berlaku sejak tahun lepas. Pasai apa dia buat satu plan perbelanjaan KFA tidak berdasarkan keupayaan sebenar KFA.

“Ini duit anak yatim, orang miskin, ibu tunggal, duit untuk sekolah, duit untuk pembangunan.

“Adakah peminat-peminat mahu saya ambil duit anak yatim, orang miskin, ibu tunggal, duit untuk sekolah, duit untuk pembangunan untuk bayar segala tunggakan KFA?

“Saya nak tegaskan tak boleh ambil duit sembarangan untuk bola.

Saya Muhammad Sanusi Md Nor tidak akan lakukan!” Kata YAB Menteri Besar Kedah itu pada sidang media Majlis Perasmian Star View Menara Alor Star semalam.

110174890_771507443663528_3487658229474592128_n
FOTO: UPDA

Sanusi yang pernah berada pada era pemerintahan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sewaktu kepimpinan bola sepak sebelum ini berkata, beliau amat memahami kesulitan yang melanda KFA pada ketika ini ditambah pula kesan pandemik Covid-19 yang menjejaskan industri sukan khususnya bolasepak.

Beliau akan mengadakan mesyuarat khas pada 3 Ogos ini untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah kewangan KFA.

“Kenapa ambil pemain dengan gaji sampai RM120,000? Ini semua dilakukan tanpa mengambil kira kemampuan kewangan KFA. Kalau perlu ‘overhaul’ semua KFA tu, saya akan ‘overhaul’.

“Kalau kita hanya mampu bayar RM20,000 kepada pemain, oleh itu kita akan bayar dengan gaji itu.

“(Kalau) depa sepatutnya dapat gaji RM100,000, KFA akan bukak pintu untuk mencari tempat yang lebih baik.

“RM10.6 juta tinggalan hutang lama untuk saya bayaq, saya nak ambik duit dari mana? Orang yang berhutang tu lah patut bayaq,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan isu tunggakan gaji Kedah melalui pautan dibawah. 

‘Insta Story’ Kpah Sherman Dan Aidil Sharin Beri ‘Hint’ Kuat Kedah FA Ada Masalah Kewangan Yang Nazak?

Pemain Kedah Baru Terima 50 Peratus Gaji Februari, Mac Dan April Masih Tertunggak

Asmirul Anuar Umum Peruntukan RM2 Juta Untuk Langsaikan Tunggakan Gaji Pemain Kedah