Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin memuji prestasi skuad Harimau Malaya pada aksi Praperlawanan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Sri Lanka dan mahukan kemenangan 6-0 sebagai pembakar semangat menentang Vietnam, 10 Oktober ini.
Meskipun Malaysia menang keatas Sri Lanka sebentar tadi, Datuk Haji Hamidin mahukan skuad kebangsaan untuk terus fokus menjelang aksi bertemu Vietnam pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung di Hanoi, Khamis nanti.
“Perlawanan ini sememangnya pemanas badan terbaik buat Harimau Malaya namun jangan biarkan kemenangan ini melekakan kita sebaliknya jadikan ia sebagai pembakar semangat.
“Bukan mudah untuk mengekalkan kemenangan konsisten, apa yang penting pemain perlu bangkit menentang Vietnam.
“Jadikan perlawanan sebelum ini dan kemenangan hari ini sebagai pemangkin untuk kita bangkit dengan kemenangan. Misi itu tidak mustahil dengan berbekalkan semangat juang tinggi demi negara,” kata Datuk Haji Hamidin.
Walaupun ranking skuad negara lebih baik iaitu 158, Sri Lanka yang menghuni tangga ke-202 dunia sudah membuktikan yang mereka mampu bersaing dengan pasukan lebih atas termasuk ketika hanya tewas 2-0 kepada Turkmenistan dan 1-0 Korea Utara sebelum ini.
Harimau Malaya pada 10 September lalu tewas dengan UAE 2-1 selepas memulakan kempen dengan langkah kanan menewaskan Indonesia 3-2 di gelanggang lawan pada 5 September.
Artikel lain berkaitan dengan pasukan kebangsaan Malaysia menjelang dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.
Shahrel Fikri, Partiban Dan Azam Azih Tiada Dalam Skuad Akhir Malaysia Ke Vietnam
Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Bulan Oktober 2019