Liga Perdana Inggeris mengeluarkan data mengejutkan tentang bekas pemain liga tersebut yang ada masalah ketagihan yang teruk.

Baca Juga:

Di mana kira kira 120 bekas pemain EPL melawan ketagihan dadah dan judi yang kronik.

Minggu lalu Dele Alli meluahkan tentang isu ketagihan pil tidur, yang Alli percaya bahawa ramai lagi pemain lain mengalaminya.

Ini kerana jadual perlawanan dan latihan yang ketat membuatkan pemain bergelut untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

Selain daripada jarak perjalanan yang jauh ditempuhi mereka setiap minggu.

Dalam wawancara yang sama Dele Alli menangis menyatakan cabarannya berdepan dengan masalah kesihatan mental.

Apa yang dikatakan Dele Alli itu memang ada benarnya. Ramai bekas pemain ketagihan ubatan dan dadah.

Seramai 120 bekas pemain EPL sedang mendapatkan rawatan kerana ketagihan dadah dan judi.

Data lain menyebut sekurang kurangnya 600 pemain profesional di England mengalami masalah anxiety, depresi, stress dan pernah mendapatkan bantuan kerana mahu membunuh diri.

Namun pada 2021/22 PFA melaporkan bahawa berlaku penurunan mendadak pada angka tersebut, di mana hanya 77 pemain yang memasuki pusat pemulihan ketagihan dadah.

Angka tersebut adalah ketiga tertinggi berbanding dengan musim lalu di mana ada 59 pemain di England yang memasuki pemulihan.

Premier League kini mengambil serius isu pemain yang mengambil pil tidur untuk membantu mereka mendapat tidur yang cukup.

Dele Alli dalam wawancaranya menyatakan, ianya memang membantu, namun apabila terlalu berlebihan ia akan merosakkan sistem dalam badan.

Musim lalu ada 7 pemain yang mendapatkan bantuan psikiatrik kerana masalah kesihatan mental.

Dele Alli sudah mendapatkan rawatannya, dan disokong oleh Everton. Alli menegaskan selama ini dia melawan masalah itu seorang diri, dan kini dia mahu terbuka dalam perkara itu.

Premier League sebelum ini menyatakan bahawa mereka akan mengharamkan tajaan syarikat judi pada jersi pasukan di EPL.

Usaha itu mendapat sokongan daripada ramai pihak. Kerana judi tidak seharusnya berasosiasi dengan bola sepak atau mana mana sukan.

Premier League juga aktif menyediakan khidmat nasihat kepada pemain dan bekas pemainnya yang memerlukan bantuan.