Graham Potter menyatakan bahawa dia tiada tekanan bimbang dipecat oleh Chelsea kerana mendapat sokongan penuh daripada pemilik kelab.

Baca Juga:

Dengan rekod 2 kemenangan daripada 14 aksi terakhir, Potter dikatakan sedang memperjudikan masa depannya di Stamford Bridge.

Lebih lebih lagi dia sudah membelanjakan lebih €300 juta pada jendela perpindahan lalu.

Beberapa nama pengurus mulai dikaitkan untuk menggantikan Potter. Ini termasuk Mauricio Pochettino dan Zinedine Zidane.

Namun pengurus Chelsea itu kekal tenang. Dia menegaskan kepada media:

“Saya sudah bercakap dengan pemilik kelab. Pendiriannya tetap sama [kekal menyokong saya].”

“Saya memang sudah berada dalam tekanan sejak 4 bulan di sini. Itu akan berterusan.”

“Pemilik kelab sangat hebat. Mereka tahu di mana kedudukan kita, dan mereka juga kecewa. Kita harus melekukan lebih baik.”

“Penting untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk meyakinkan penyokong, dan saya berjuang bersama.”

David Ornstein turut mengesahkan bahawa pemilik Chelsea kekal dengan pendirian mereka untuk menyokong Potter.

Ini kerana projek antara Potter dan Chelsea adalah untuk jangka panjang.

Beberapa minggu lalu, Todd Boehly dilaporkan tidak akan menarik brek pada jendela perpindahan akan datang.

Mereka akan terus cuba membawa masuk lebih ramai bintang baharu ke Chelsea tanda sokongan kepada Potter.

Antara nama yang dikaitkan ialah Neymar. Di mana ESPN melaporkan Todd Boehly sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan Nasser Al Khelaifi berkenaan perkara itu.

Jadi prestasi Potter musim ini tidak akan mengganggu kedudukannya di Chelsea. Kerana dia adalah perancangan masa panjang kelab.