Menjelang pertembungan antara pasukan negara menentang Australia dalam perlawanan akhir kejohanan Piala AFF B-18 Tahun malam ini, timbul persoalan mengenai penjaga gol mana yang akan diberikan kepercayaan sekaligus diturunkan dalam kesebelasan utama.

Pengendali pasukan, Brad Maloney mengambil keputusan untuk merehatkan penjaga gol utama sekaligus ketua pasukan, Firdaus Irman dan menurunkan Sikh Izhan Nazrel pada perlawanan separuh akhir menentang Indonesia Sabtu lalu. Keputusan Brad ini lantas menimbulkan tanda tanya kerana Firdaus menampilkan aksi yang cemerlang dengan membantu Malaysia mara sehingga ke peringkat separuh akhir.

Ramai pihak menganggap Firdaus tidak diturunkan kerana Brad tidak mahu beliau untuk mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol itu pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan B menentang Thailand. Tindakan kurang cermat Firdaus mengakibatkan pemain Thailand, Sitthinan Rungrueang berjaya merampas bola sekaligus menjaringkan gol kemenangan Skuad Gajah Perang itu.

Jika melihat kepada catatan Izhan dan Firdaus sepanjang diturunkan dalam kesebelasan utama, kedua-dua penjaga gol mempunyai catatan yang sama hebat dimana mereka mempunyai satu clean sheet. Namun, dari segi gol yang dilepaskan, Firdaus mempunyai catatan yang sedikit lebih baik beranding Izhan dimana Firdaus hanya dibolosi sebanyak 3 kali manakala Izhan pula dibolosi sebanyak 4 kali.

Posisi
Sikh Izhan Nazrel
Sumber Gambar: Stadium Astro

Apa yang pasti, Brad Maloney tidak boleh tersilap langkah dalam memastikan penjaga gol mana yang akan mengisi kesebelasan utama pasukan negara pada perlawanan malam ini. Setelah tewas dengan keputusan 3-0 pada perlawanan peringkat kumpulan, Australia sudah pasti mahu membalas dendam dan mereka dijangka akan turun dengan corak serta gaya permainan berbeza.