Mauricio Pochettino enggan menyalahkan VAR atau pengadil sebaliknya mengkritik pemain beliau sendiri yang tidak berdisiplin ketika di atas padang.
Chelsea terus bermula suram awal musim ini dengan menelan satu lagi kekalahahan, ditambah dengan kehilangan Malo Gusto kerana dilayangkan kad merah.
Chelsea tewas 0-1 kepada Aston Villa di Stamford Bridge.
Chelsea kini berada di tangga ke-14 dalam carta liga walaupun membelanjakan £1 bilion untuk membeli pemain sejak pengambilalihan tahun lalu oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital.
The Blues kelihatan kurang bersemangat apabila tewas di tempat sendiri untuk perlawanan kedua berturut-turut.
Pochettino mengkritik beberapa pemain mudanya yang dianggap tidak matang. Dia berpendapat kad merah Gusto sepatutnya boleh dielakkan.
Kemudian Pochettino tidak berpuas hati dengan Nicolas Jackson, yang menerima kad kuning kelimanya musim ini selepas cuba menghalang Villa daripada melakukan sepakan percuma.
Jackson kini akan digantung ketika pasukannya melawat Fulham seminggu pada hari Isnin. Kekecewaan Pochettino membuatkan dia memberikan amaran kepada pemain pemain mudanya untuk sentiasa menjaga tingkah laku di atas padang.
“Kami perlu membesar seperti sebuah pasukan, bukan sahaja secara individu,” kata pengurus Chelsea itu.
🔵📊 Chelsea in Premier League 2023:
◉ 13 defeats
◉ 9 draws
◉ 5 wins🇪🇸 Under Mauricio Pochettino:
◉ 3 defeats
◉ 2 draws
◉ 1 win“We need to accept it’s a project”, Poch said ahead of Aston Villa game. pic.twitter.com/DudryZS5Oe
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 24, 2023
“Saya rasa pemain seperti Nico [Jackson] yang begitu muda dan terus bermain di Liga Perdana Inggeris, mereka memerlukan masa.”
“Dalam jenis perlawanan seperti ini, kami bersaing dan mahu menang dan bola sepak adalah mengenai kemenangan.”
“Tetapi juga pemain, ketika mereka masih muda, perlu belajar, dan mengalami serta membuat kesilapan. Itulah sebabnya kami berasa kecewa kerana terdapat terlalu banyak situasi seperti ini.”
Pochettino, yang pasukannya mengharungi tiga perlawanan tanpa sebarang jaringan. Dia tidak merungut mengenai penyingkiran Gusto ketika perlawanan 0-0.
Pemain pertahanan kanan itu dilayangkan kad merah selepas semakan VAR kerana mengasari Lucas Digne.
Pochettino menganggap pemainnya harus berdisiplin dan tidak mahu menyalahkan VAR di atas apa yang berlaku.
“Kami tidak boleh menyalahkan VAR atau pengadil,” kata Pochettino.”
“Kita perlu bertindak dengan cara yang berbeza.”
"We need to trust the referees and VAR" 👀
Pochettino has his say on Malo Gusto's red card against Aston Villa – do you think it was the right decision? 🤔 pic.twitter.com/mkrEfvveop
— Chelsea FC News (@Chelsea_FL) September 24, 2023
Dalam aksi tumpuan yang lain, Arsenal dan Spurs terikat 2-2 di Emirates.