Mauricio Pochettino menegaskan bahawa Chelsea sudah memulakan persediaan untuk menewaskan Liverpool pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris 2023/24.

Menurut Pochettino, untuk kelab seperti Chelsea, dia sedar bahawa segalanya harus bermula segera dan tiada istilah sabar dalam bola sepak.

Mentaliti sentiasa bersedia berhadapan dengan siapa sahaja lawan adalah penting dalam usaha beliau membantu kelab itu bangkit semula daripada prestasi buruk musim lalu.

Di mana Chelsea menamatkan Liga Perdana Inggeris musim 2022/23 di tangga ke-12 dengan rekod kekalahan yang sangat banyak.

Kini Pochettino dan pasukan Chelsea sudah pun bersedia untuk menewaskan Liverpool pada aksi pembukaan EPL mereka di tempat sendiri nanti.

Pochettino berkata: “Dalam bola sepak, tiada istilah bersabar, sukar untuk menunggu. Kamu harus memberikan terbaik sejak hari pertama. Inilah sebabnya kami berada di sini. Sebab kami harus mulai memberikan terbaik bermula sekarang.”

“Kita tak boleh beritahu orang, kami perlukan dalam enam bulan lagi. Kami harus mulai percaya diri sejak dari mula lagi.”

“Kami harus sedia menewaskan Liverpool.”

“Sasaran saya adalah mahu menang bermula pada hari pertama. Bermain dengan sebaiknya dalam cara bola sepak kami sendiri, filosofi dan budaya.”

“Jika kamu tak menang dengan kelab seperti Chelsea, kamu dalam masalah.”

“Dengan kualiti pemain pemain yang kami ada dan strategi yang kita percaya, ianya adalah tentang kemenangan dan menjadi kompetitif.”

“Kemudian terjemahkan tenaga ini kepada penyokong kita. Untuk mencipta semangat bersatu itu sukar, namun jika kita berjuang bersama sama dalam EPL, kita pasti akan hampir untuk menjuarainya sekali lagi.”

Ditanya tentang skuad Chelsea yang terlalu besar antara punca masalah pasukan itu bergelut musim lalu, Pochettino berkata:

“Ketika saya menjadi orang luar, saya mendengar pandangan orang ramai tentang skuad terlalu besar.”

“Pada pandangan saya, ini adalah permulaan baru dengan beberapa pemain lain dan beberapa pemain yang akan tiba.”

“Saya tidak kisah sangat pasal perkara itu. Kerana sentiasa ada pemain datang dan pergi. Ya, skuad ini terlalu besar musim lalu, dan ianya perkara biasa untuk kita kecilkan sedikit, namun bagi saya, ia bukan isu besar sama sekali.”