FIFA mengumumkan bahawa mereka rasminya memansuhkan rekod 1 kad kuning pemain yang dibawa dari peringkat kumpulan – kelayakan zon eropah.
Ini untuk membolehkan pasukan memiliki lebih banyak peluang untuk menurunkan pemain terbaik mereka pada aksi final play off jika mereka mara.
Sebagai contoh, Itali ada 10 pemain yang memiliki 1 kad kuning. Dan berpotensi digantung pada aksi final play off dari kurungan mereka.
Dan kini, Nicolo Barella, Federico Bernardeschi, Giorgio Chiellini, Federico Chiesa, Gianluigi Donnarumma, Lorenzo Insigne, Lorenzo Pellegrini, Matteo Pessina, Rafael Toloi dan Sandro Tonali kini berpeluang cerah untuk beraksi di final play off.
Itali dan Portugal dari kurungan yang sama. Cuma bezanya, Portugal cuma ada enam pemain dengan rekod 1 kad kuning. Rekod terbaik dari kalangan 12 pasukan yang beraksi dalam play off.
Namun pengampunan kad kuning ini tidak melibatkan pemain yang dikenakan 2 kad kuning seperti Zlatan Ibrahimovic. Pemain itu tetap akan menjalani penggantungan beliau dalam aksi berikutnya.
UEFA sebelum ini meminta FIFA untuk merestui permintaan mereka untuk menghapuskan 1 kad kuning melibatkan pemain yang terlibat dalam play off. Dengan alasan, ada pasukan yang beraksi 10 perlawanan dan ada pula yang beraksi 8 perlawanan sahaja di peringkat kumpulan.
Scotland antara negara yang menyokong pengampunan kad ini. Kerana menurut pengurus mereka, Steve Clarke, sangat sukar untuk mereka mengelak rekod disiplin yang teruk berbanding dengan negara yang cuma bermain 8 perlawanan.
Clarke menyeru kesemua negara yang terlibat dalam play off kali ini agar bersatu dalam perkara ini kerana ianya lebih mendatangkan kebaikan kepada semua.
JUST IN
A total of 107 players across 12 teams go into the March World Cup playoff semifinals one yellow card away from a suspension.
Sources have told ESPN that FIFA will approve an amnesty if UEFA asks.
UEFA is canvassing opinion from the teams. https://t.co/gjpz5C3v6u
— Dale Johnson (@DaleJohnsonESPN) November 19, 2021
Aksi Play Off Piala Dunia akan menentukan 3 slot terakhir dari zon Eropah untuk melengkapkan lagi 13 pasukan yang bertanding daripada 32 negara.
🚨 The World Cup European Playoff Draw has just finished, and Portugal or Italy will miss the competition 😱
They both ended up in the same path
Here’s the full look at the draw⬇️#LLL
🧡🇪🇸⚽️ pic.twitter.com/5ZRreeE3lQ— La Liga Lowdown 🧡🇪🇸⚽️ (@LaLigaLowdown) November 26, 2021