Aksi Piala FA di antara Terengganu FC (TFC) menentang pasukan Liga M3, Melaka FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.
Baca Juga:
- Logo Baru Melaka FC ‘Aura’ Manchester United, Namun Terima Banyak Kecaman
- Guilherme De Paula Sah Beraksi Di Liga M3 Bersama Melaka FC
- Terengganu Terus Catat Kemenangan, Steinbruckner Semakin Optimis
Apatah lagi Melaka FC kali ini diperkuatkan oleh pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula di bahagian serangan dan mampu memberi ancaman kepada benteng pertahanan TFC.
Berdasarkan rekod, De Paula setakat ini telah menjaringkan 3 gol dalam saingan Liga M3 dan membantu pasukan mencatat 1 kemenangan serta 1 keputusan seri.
Bercakap kepada Berita Harian, Azam Azmi Murad mahu rakan sepasukan berwaspada terhadap kelibat De Paula dan tidak memandang rendah pada skuad kendalian jurulatih dari Portugal itu, Pedro Hipolito.
“Atas kertas pastinya penggiat sukan bola sepak memilih TFC untuk mara ke pusingan seterusnya, tapi sejujurnya dalam sukan ini kejutan adalah perkara lumrah dan ianya kerap terjadi jika tidak berwaspada.
“Lagipun lawan pastinya hadir dengan keazaman yang tinggi untuk melakukan kejutan lebih-lebih lagi skuad itu mempunyai penyerang naturalisasi negara, De Paula, jadi kita harus waspada dengan taktikal lawan dan perlu ‘merantai’ pergerakan penyerang itu.
“Saya percaya jika rakan sepasukan beraksi mengikut perancangan jurulatih, pastinya kami tidak tersungkur lebih-lebih lagi bakal beraksi di depan ribuan peminat setia,” kata Azam.
🏴🏳️ HARI PERLAWANAN PIALA FA 2023 : TERENGGANU FC VS MELAKA FC 🏴🏳️
TERENGGANU FC VS MELAKA FC
📆 14 April 2023 – JUMAAT
⏰ 10.00 pm
🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin#PialaFA23#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/L6quDbTTDA— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 14, 2023
TFC juga dijangka tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke peringkat suku akhir berdasarkan prestasi terkini mereka catat 3 kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super.
Sementara itu, pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner menuntut anak buahnya meledak jaringan seawal mungkin selain kekal fokus sepanjang perlawanan dan tidak mengambil mudah pertemuan itu walaupun menentang pasukan daripada Liga M3.
“Sebarang kealpaan bakal mengundang padah kerana lawan pasti mahu melakukan kejutan selain kita tidak tahu kekuatan sebenar pasukan itu,” katanya.