Chelsea mara ke final Piala Dunia Kelab 2021 selepas menewaskan Al Hilal dengan jaringan 1-0.

Aksi separuh akhir tersebut ternyata tidak mudah untuk Chelsea, kerana Al Hilal memberikan tentangan yang luar biasa.

Chelsea melakukan 15 percubaan, manakala Al Hilal berjaya melakukan 12 percubaan ke arah gawang Juara Eropah itu.

Selain itu, Al Hilal memilki 46% penguasaan bola. Yang boleh dikira sangat baik, kerana mereka berdepan dengan pasukan yang berkelas dunia seperti Chelsea.

Gol tunggal dalam perlawanan ini terhasil pada minit ke-32 oleh Romelu Lukaku. Chelsea mara ke pentasfinal Piala Dunia Kelab kedua mereka, sejak 2012. Di mana kali ini Blues akan menentang Palmeiras hujung minggu ini.

Tanpa Edouard Mendy yang baru selesai tugasan Piala AFCON, Chelsea tampil dengan kesebelasan terkuat mereka.

Chelsea tampil agresif sebaik sahaja sepak mula. Dan mereka mencipta banyak peluang pada awal permainan, serta separuh masa pertama.

Namun pada separuh masa kedua, Chelsea agak cemas berdepan dengan beberapa siri serangan balas Al Hilal yang ternyata memiliki keyakinan akan mendapatkan sesuatu dalam perlawanan ini.

Mujur Kepa Arrizabalaga kental di gawang gol. Serangan Al Hilal diketuai oleh Odion Ighalo. Ternyata tidak memanfaatkan peluang yang mereka miliki.

Piala Dunia Kelab pastinya menjadi impian Chelsea kerana ianya masih tidak ada dalam kabinet trofi mereka. Pada 2012, Chelsea dihampakan oleh kelab Brazil iaitu Corinthians.