England akan berlutut sebelum sepak mula Piala Dunia 2022, dalam aksi yang melibatkan pasukan mereka.
Baca Juga:
- Lloris Tak Akan Pakai Lilitan Pelangi Kerana Hormati Qatar
- Kane Nekad Pakai Lilitan Pelangi Di Qatar 2022 Walaupun Dilarang FIFA Sekalipun
- Ini Kesebelasan Daripada Pemain England Yang Tidak Dipanggil
Tindakan simbolik itu sinonim dengan kempen Black Lives Matter, yang menyaksikan seluruh dunia bersolidariti kepada komuniti kulit hitam berikutan kematian George Floyd.
Insiden itu membawa kepada protes besar besaran di seluruh dunia. Liga Perdana Inggeris kemudian mengambil inisiatif untuk berlutut sebelum bermula setiap perlawanan mereka.
Kini Southgate mengesahkan bahawa England akan berlutut sebelum semua perlawanan mereka dalam Piala Dunia 2022, sebagaimana yang mereka lakukan dalam Euro musim lalu.
EPL sebelum ini sudah mengumumkan bahawa bermula musim 2022/23, pasukan tidak diwajibkan untuk berlutut. Namun boleh melakukannya atas kehendak sendiri.
Pasukan kebangsaan England akan meneruskan tindakan berlutut sebelum sepak mula. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada pengadil dan pegawai perlawanan dalam setiap perlawanan mereka.
“Kami telah berbincang untuk berlutut, kami rasa kami sepatutnya,” kata Southgate dalam sidang akhbarnya sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia England menentang Iran pada Isnin.
“Itulah yang kami pertahankan sebagai satu pasukan dan telah lakukan sejak sekian lama. Kami faham dalam Liga Perdana Inggeris bahawa ada kelab telah memutuskan untuk melakukannya hanya untuk perlawanan tertentu, acara besar. Kami rasa ini adalah yang terbesar.”
“Kami fikir ia adalah satu mesej yang kuat yang akan pergi ke seluruh dunia untuk golongan muda khususnya untuk melihat bahawa keterangkuman adalah sangat penting.”
Kapten England, Harry Kane juga dijangka memakai lilitan kapten One Love yang dicadangkan oleh 10 negara Eropah, yang disifatkan oleh penyerang itu sebagai “mesej yang jelas” bertujuan untuk “menentang segala bentuk diskriminasi.”
FIFA telah melarang penggunaan lilitan kapten One Love kerana mereka sudah ada lilitan kapten khas dalam setiap perlawanan.
Harry Kane berpotensi dikenakan kad kuning sebelum sepak mula kerana memakai peralatan bukan dari kelulusan FIFA.
England sekali lagi tampil sebagai salah sebuah pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2022 pada kali ini.
Sebelum ini, Southgate membimbing England sehingga ke separuh akhir Piala Dunia 2018. Mereka tewas di tangan Croatia dalam aksi separuh akhir. Kemudian tewas lagi di tangan Belgium dalam aksi penentuan tempat ketiga.