Penyokong Jepun menerima pujian daripada peminat bola sepak dunia apabila membantu membersihkan stadium selepas tamat perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022, Qatar menentang Ecuador di Stadium Al Bayt kelmarin.
Baca Juga:
- Pembukaan Piala Dunia 2022 Dimulakan Dengan Bacaan Ayat Al Quran
- Qatar Vs Ecuador: Tuan Rumah Tumpas Pada Aksi Pembukaan
- Senegal vs Belanda: Juara Afrika Tumbang Kepada Skuad Oranje
- Karim Benzema Cedera, Terlepas Aksi Piala Dunia 2022
Mereka menunggu sehingga tamat perlawanan untuk mengutip sampah-sarap yang ditinggalkan oleh penyokong di kawasan tempat duduk seperti botol minuman, kotak makanan dan lain-lain.
Walaupun perlawanan itu tidak melibatkan pasukan negara Jepun, namun amalan membersihkan sampah tetap diteruskan dimana-mana sahaja mereka berada.
Japanese fans at the opening World Cup match cleaned up the stands after Qatar-Ecuador. 🇯🇵
Most respectful fans in the world. 👏
🎥 IG/qatarlivinghttps://t.co/yZHhe0sQNw
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 21, 2022
Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang lelaki kagum dengan mentaliti penyokong Jepun dan berharap budaya ini dapat diikuti oleh penyokong lain untuk menjaga kebersihan stadium.
“Seseorang meyakinkan saya bahawa ini adalah perkara biasa. Penyokong Jepun memutuskan untuk membersihkan Stadium. Ia bukan perlawanan mereka.
“Apabila saya bertanya kepada mereka, ‘mengapa anda membersihkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan anda?’. Jawapannya ialah, ‘Orang Jepun tidak pernah meninggalkan sampah di belakan. Kami menghormati tempat itu!,” katanya.
Sebelum ini, para penyokong Jepun pernah membersihkan stadium ketika Piala Dunia 2018 sehingga menjadi ikutan oleh penyokong lain.
Aksi Piala Dunia 2018 antara Senegal dan Jepun mencuri tumpuan kerana kedua-dua penyokong negara itu berganding bahu membersihkan stadium selepas tamat perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Yekaterinburg.
Mereka membawa beg sampah mendiri dan kemudiannya mengutip semula sampah yang dibuang ketika menyaksikan perlawanan.
Saudi Arabia, Senegal & Japan fans cleaning up after their #WorldCup games 👍🏻 pic.twitter.com/jRAhxa37Fx
— M•A•J (@Ultra_Suristic) June 20, 2018
Walaupun ada petugas yang diupah untuk membersihkan stadium itu, ia tidak bermakna anda boleh membuang sampah sewenang-wenangnya. Penyokong harus ada kesedaran bahawa kebersihan diri dan persekitaran amat penting untuk setiap individu. Malangnya, isu kebersihan selalu dipandang remeh oleh masyarakat.
Tetapi malangnya, amalan yang dilakukan oleh penyokong Jepun jarang dipratikkandalam stadium bola sepak di Malaysia.
Adalah menjadi satu perkara yang sangat ironi apabila masyarakat Islam di Malaysia tidak mampu untuk merealisasikan agenda itu walaupun kebersihan menurut agama Islam adalah sebahagian daripada Iman.