Pemainberdarah Malaysia, Richard Chin terus menampilkan prestasi cemerlang bersama kelab divisyen tiga liga bola sepak England, Charlton Athletic apabila baru-baru ini membantu kelab itu mara ke peringkat suku akhir saingan Piala Carabao 2022/2023.
Baca Juga:
- Richard Chin Buat Penampilan Sulung Di EFL League One
- Richard Chin Cipta Sejarah Dalam Saingan Piala EFL
- Luqman Hakim Terus Kutip Minit Permainan Bersama KV Kortrijk
Perkara ini dikongsikan oleh Harimau Abroad menerusi laman media sosial Twitter dimana Charlton menewaskan Brighton & Hove Albion menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir sekaligus mara ke peringkat suku akhir.
Richard Chin helped Charlton Athletic beat Brighton to advance to the Carabao Cup quarter-finals. They are the only non-Premier League team left in the competition. pic.twitter.com/h5hsqvbxvI
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) December 22, 2022
Pada aksi yang berlangsung di laman sendiri, Richard diturunkan dalam kesebelasan utama oleh pengurus pasukan, Dean Holden dan beliau beraksi penuh sehingga perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 0-0 pada masa sebenar permainan.
Richard Chin tidak mengambil sepakan penalti dan Samuel Lavelle menjadi wira pasukan apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir selepas penjaga gol Charlton, Ashley Maynard-Brewer menyelamatkan sepakan Moises Caicedo sekaligus memberikan kemenangan 4-3 kepada kelab itu.
Lebih menarik, kejayaan mereka mara ke peringkat suku akhir menjadikan Charlton satu-satunya kelab dari luar Liga Perdana Inggeris (EPL) yang masih beraksi dalam saingan tersebut. Antara kelab EPL yang sudah mengesahkan kemaraan ialah Wolverhampton Wanderers, Southampton, Newcastle United, Leicester City, Nottingham Forest dan Manchester United. Liverpool dan Manchester City akan bertemu pagi esok bagi menentukan pasukan terakhir layak ke suku akhir.
Sebelum ini, Richard Chin mencipta sejarah apabila menjadi pemain berdarah Malaysia pertama yang membuat penampilan dalam saingan Piala Carabao.
🚨 TEAM NEWS
8️⃣ changes for the Addicks for tonight's @Carabao_Cup clash at Walsall.
🔴⚪️ #cafc pic.twitter.com/lagu0LIP8f
— Charlton Athletic FC (@CAFCofficial) August 23, 2022
Richard diturunkan pada aksi pusingan kedua Piala EFL menentang Walsall dimana beliau mengisi posisi pertahanan kanan pada aksi tersebut yang menyaksikan Charlton menang dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal Diallang Jaiyesimi.
Pada aksi bertemu Walsall, Richard diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau diberikan peluang untuk beraksi selama 81 minit sebelum terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua ekoran mengalami kecederaan.
Bagi yang belum mengenai pemain berusia 19 tahun ini, beliau mempunyai hubungan dengan negara ini dimana datuknya berasal dari Malaysia sekaligus boleh beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.