Ada 3 kelab London mara ke separuh akhir dalam aksi separuh akhir Piala Carabao musim ini.

Arsenal akan berdepan dengan Liverpool. Manakala dua lagi pasukan London iaitu Spurs dan Chelsea akan bertembung sesama mereka dalam satu lagi separuh akhir.

Tottenham mara ke separuh akhir selepas menewaskan West Ham United.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tottenham, skuad bimbingan Antonio Conte mendahului menerusi Steven Bergwijn pada minit ke-29.

Namun hanya 3 minit sahaja diambil oleh West Ham untuk menyamakan kedudukan menerusi gol Jarrod Bowen pada minit ke-32.

Dua minit kemudian, Spurs kembali di hadapan menerusi gol oleh Lucas Moura.

West Ham menjadi pasukan yang lebih dominan dan melakukan 17 percubaan ke arah gol berbanding hanya 10 oleh Spurs.

Tiada gol dicatatkan separuh masa kedua, dan Spurs mara ke separuh akhir. Antonio Conte nampaknya memberikan harapan kepada Spurs untuk menamatkan kemarau piala utama di kelab tersebut.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Chelsea berjaya memenangi aksi berdepan dengan Brentford. Chelsea sebelum ini hanya menang 2 kali daripada 7 aksi terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Namun skuad bimbingan Thomas Tuchel tiada masalah menyingkirkan cabaran Brentford daripada Piala Carabao.

Juara Eropah itu bagaimanapun bergelut untuk mendapatkan gol sepanjang perlawanan. Gol pertama mereka hadir lewat minit ke-80 menerusi jaringan sendiri Pontus Janson.

Chelsea kemudian dihadiahkan sepakan penalti dan ianya disempurkan oleh – siapa lagi, kalau bukan – Jorginho Filho pada minit ke-85.

Antonio Conte akan berdepan dengan kelab lamanya dalam aksi separuh akhir Piala Carabao. Ianya selepas Spurs sebelum ini tersingkir dari Piala UECL hanya kerana mereka dianggap menarik diri daripada aksi terakhir kumpulan.

Conte merupakan pengurus Chelsea yang terakhir membantu kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris sebelum ini.