Chelsea berjaya menyingkirkan musuh sebandar, Tottenham Hotspur daripada separuh akhir Piala Carabao 2021/22.
Jaringan tunggal Rudiger memastikan Chelsea menang tipis 1-0 di Stadium Tottenham.
Chelsea sebelum ini menang 2-0 dalam separuh akhir pertama. Bermakna mereka mara dengan agregat 3-0.
Chelsea akan menanti pemenang di antara Liverpool dan Arsenal dalam satu lagi separuh akhir.
Chelsea mendahului seawal minit ke-18 menerusi Rudiger yang mencabar bola di udara. Dalam keadaan pergelutan, Rudiger berjaya memenangi bola dan menyumbat masuk.
Spurs diberikan dua penalti dalam perlawanan ini. Namun kedua duanya ditarik balik oleh VAR.
Pertamanya melibatkan bentesan Rudiger. Di mana pengadil awalnya merasakan bentesan itu di dalam kotak penalti.
Namun selepas reviu VAR, pengadil mendapati ianya di luar kotak penalti.
Satu lagi penalti diberikan pengadil adalah ketika Lucas Moura yang mendakwa beliau dijatuhkan Kepa Arrizabalaga.
Pengadil sekali lagi, awalnya memberikan penalti. Namun reviu VAR mendapati bahawa Kepa melakukan kontak yang terus dengan bola.
VAR sekali lagi menghampakan Spurs apabila menarik balik gol Harry Kane.
Kepa melakukan kesilapan dengan hantaran yang menyusahkan kepada rakannya. Namun ofsaid diberikan pengadil selepas melihat VAR.
Kerana Kane berada di atas Kepa.
Ramai yang keliru dengan ofsaid melibatkan Kane. Peraturan ofsaid menjelaskan bahawa, apabila penjaga gol berada di atas pertahanan, maka garisan ofsaid adalah pada penjaga gol yang sekarang ini dikira sebagai outfield player. Dan Rudiger dikira sebagai pemain pada garisan penjaga gol.
Kecuali ada dua pemain Spurs di belakang Kepa, barulah Kane boleh dikira onside.
Kes yang mirip dengan insiden Mexico dalam Piala Dunia satu ketika dahulu.
Jadi, Kepa melakukan tindakan tepat untuk kekal di garisan tinggi dalam kedudukan tersebut.
Harry Kane’s goal ruled out for offside #TOTCHE pic.twitter.com/JC11XP9M1H
— talkSPORT (@talkSPORT) January 12, 2022
Thomas Tuchel berjaya menjejakkan kaki ke Wembley untuk kali kedua walaupun mengendalikan Chelsea kurang setahun mengendalikan Chelsea.
Tuchel turut menjadi pengurus Chelsea pertama membantu kelab mara ke final dalam semua pertandingan major dalam masa 350 hari sahaja,
1 – Just 350 days after his first game in charge of Chelsea, Thomas Tuchel has become the first manager in the club's history to guide the Blues to the final of each of the League Cup, FA Cup and Champions League/European Cup. Imposing. pic.twitter.com/STkUKoMffl
— OptaJoe (@OptaJoe) January 12, 2022