Berita baik bagi skuad kebangsaan Malaysia apabila dijangka turun menentang pasukan gergasi di rantau Asia sebagai persiapan untuk menghadapi temasya Piala Asia 2023.
Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Kim Pan-gon Mahu Buat Rakyat Malaysia Bangga
- Piala Asia 2023: Malaysia Diundi Bersama Korea Selatan, Jordan & Bahrain
- Klinsmann Teruja, Mahu Bawa Korea Muncul Juara Piala Asia 2023
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana pasukan yang mungkin menjadi lawan Malaysia iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman dimana perlawanan ini akan berlangsung di Doha, Qatar pada Januari 2024.
Selain berdepan pasukan dari Asia Barat, Australia turut menjadi calon untuk menjadi lawan pasukan negara dimana ketua jurulatih, Kim Pan-gon mahu membuat persiapan maksima sebelum beraksi di pentas Piala Asia.
Skuad Harimau Malaya dijangka menentang Oman pada 8 atau 9 Januari 2024 di Doha, Qatar. Selain Oman, Arab Saudi dan UAE juga jadi pilihan Kim Pan Gon termasuk Australia sebagai persiapan ke Piala Asia. 🔜🇴🇲🇸🇦🇦🇪🇦🇺
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 18, 2023
Kesemua pasukan di atas bakal menguji kekuatan sebenar pasukan negara dan dianggap sebagai lawan yang sesuai untuk menguji pemain sebelum beraksi di pentas yang lebih besar dengan tekanan yang tinggi.
Dalam temasya Piala Asia 2023, Malaysia diundi dalam kumpulan E bersama Bahrain, Jordan serta juara dua kali kejohanan iaitu Korea Selatan.
Piala Asia akan bermula pada 12 Januari hingga 10 Februari 2024 di Qatar yang melibatkan lapan stadium terpilih dengan enam daripadanya pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Keputusan undian rasmi Piala Asia 2023🏆#AsianCup2023 pic.twitter.com/RXYTomPrq9
— VOCKET FC (@vocketfc) May 11, 2023
Antara stadium yang dipilih ialah Stadium Al Janoub, Stadium Al Bayt, Stadium Ahmed Ali, Stadium Al Thumama, Stadium Kota Pendidikan dan Stadium Antarabangsa Khalifa manakala turut melibatkan Stadium Jassim Hamad dan Stadium Abdullah Khalifa.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Piala Asia ialah tempat ketiga Kumpulan B di Kuwait pada 1980 dan kali terakhir skuad negara beraksi di Piala Asia ialah pada tahun 2007 dimana ketika bergelar tuan rumah.
Jepun merupakan juara terbanyak dalam sejarah Piala Asia apabila memenangi pada edisi 1992, 2000, 2004 dan 2011 manakala Arab Saudi dan Iran berkongsi tiga kejuaraan.
Sementara itu, Qatar merupakan juara bertahan (2019) selepas menundukkan Jepun 3-1 pada aksi final di UAE.