Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memberi jaminan pasukannya akan memberikan yang terbaik apabila beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 sekaligus membuat rakyat Malaysia bangga.
Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Malaysia Diundi Bersama Korea Selatan, Jordan & Bahrain
- Harimau Malaya Mungkin Jumpa Jepun, Korea Selatan Di Piala Asia
- Piala Asia 2023: 8 Stadium Dipilih Sebagai Venue, Enam Pernah Digunakan Ketika Piala Dunia 2022
Dalam majlis undia yang berlangsung baru-baru ini, Malaysia diletakkan dalam kumpulan E bersama juara dua kali kejohanan, Korea Selatan, Jordan dah Bahrain.
Melihat kepada undian ini, Pan-gon berkata pasukan negara berada dalam kumpulan sukar namun ia tidak menghalang untuk anak-anak buahnya menampilkan yang terbaik.
“Kumpulan ini sangat sukar. Korea Selatan merupakan antara pasukan terbaik di rantau ini. Tapi kita akan memberikan yang terbaik. Bersaing dengan mereka sekaligus membuat rakyat Malaysia bangga,” kata Kim Pan-gon.
Kali terakhir skuad negara bertemu Jordan adalah pada 7 Oktober 2021 yang menyaksikan mereka tunduk 0-4 dalam aksi persahabatan diadakan di Stadium King Abdullah II, Amman.
Sementara itu, Bahrain pula lawan yang biasa ditemui skuad negara dimana pertemuan terakhir melibatkan kedua-dua pasukan adalah pada pusingan kelayakan Piala Asia di Bukit Jalil.
Keputusan undian rasmi Piala Asia 2023🏆#AsianCup2023 pic.twitter.com/RXYTomPrq9
— VOCKET FC (@vocketfc) May 11, 2023
Pertemuan pada 11 Jun itu menyaksikan Mohamadou Sumareh membuka tirai jaringan ketika aksi memasuki minit ke-55 tetapi Ali Haram menyamakan kedudukan berselang dua minit kemudian dan Abdulla Yusuf Helal menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti di minit ke-81.
Piala Asia akan bermula pada 12 Januari hingga 10 Februari 2024 di Qatar yang melibatkan lapan stadium terpilih dengan enam daripadanya pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Antara stadium yang dipilih ialah Stadium Al Janoub, Stadium Al Bayt, Stadium Ahmed Ali, Stadium Al Thumama, Stadium Kota Pendidikan dan Stadium Antarabangsa Khalifa manakala turut melibatkan Stadium Jassim Hamad dan Stadium Abdullah Khalifa.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah Piala Asia ialah tempat ketiga Kumpulan B di Kuwait pada 1980 dan kali terakhir skuad negara beraksi di Piala Asia ialah pada tahun 2007 dimana ketika bergelar tuan rumah.