Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini telah berkongsi tarikh rasmi dan juga venue yang bakal digunakan ketika temasya Piala Asia 2023.

Baca Juga:

Temasya Piala Asia 2023 akan berlangsung pada 12 Januari hingga 10 Februari 2024 dan sebanyak lapan stadium telah dipilih sebagai venue dimana enam daripadanya digunakan ketika temasya Piala Dunia 2022.

Antara stadium yang dipilih sebagai venue adalah Stadium Al Janoub, Stadium Al Bayt, Stadium Ahmed Bin Ali, Stadium Al Thumama, Stadium Education City, Stadium Khalifa International dan dua lagi iaitu Stadium Jassim bin Hamad dan Stadium Abdullah bin Khalifa.

Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata beliau percaya Qatar akan memberikan komitmen penuh dan temasya kali ini akan lebih baik berbanding sebelumnya.

“Kami telah menyaksikan Qatar menganjurkan Piala Dunia 2022 yang dianggap terbaik dalam sejarah permainan moden, dan kami yakin bahawa mereka akan mempamerkan keupayaan sebagai tuan rumah yang tiada tandingan, menyediakan infrastruktur terkini dan memberikan layanan mesra, yang mana sangat dikagumi di seluruh dunia dan memberi manfaat pasukan, pemain dan peminat kami yang bersemangat.

β€œKami memuji mereka atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan, dan kami berbesar hati untuk mengesahkan tarikh dan tempat pertandingan, yang mewakili pencapaian penting dalam cita-cita kami untuk menyediakan pentas terbaik untuk pasukan dan pemain kami untuk menyinar,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan AFC.

Majlis undian rasmi bagi peringkat kumpulan Piala Asia 2023 juga telah disahkan dan akan diadakan di Katara Opera House yang terkenal dan tempat tersebut terletak di Doha. Undian akan berlangsung pada 11 Mei 2023 jam 2 petang (waktu tempatan), dengan jadual perlawanan rasmi juga dijangka akan diumumkan sejurus selepas cabutan.